awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APEC: Permintaan elektrik di negara anggota diunjur melonjak menjelang 2060
KPKT peruntuk RM20 juta turap semula 400 jalan perumahan di Ipoh
Daftar Pemilih Tambahan November 2025 dibuka untuk semakan - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China saran lima perkara kukuhkan kerjasama dengan ASEAN

Bernama
Bernama
21/09/2019
20:20 MYT
China saran lima perkara kukuhkan kerjasama dengan ASEAN
Ekspo ASEAN-China berlangsung selama empat hari bermula 21 hingga 24 September ini dan turut menyaksikan penyertaan 167 syarikat termasuk 151 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.
China yang juga peneraju pasaran terbesar serantau, menyarankan lima perkara yang perlu diberi penekanan bagi kerjasama China-ASEAN selain komited memberi sokongan penuh membantu membangunkan aspek ekonomi dan infrastruktur kalangan komuniti gagasan tersebut.
Ketika berkongsi saranan itu, Naib Perdana Menteri China Han Zheng berkata perkara pertama adalah Memperkukuh Strategi Kualiti dalam memperkasakan Inisiatif 'Belt and Road' (BRI) dan Inisiatif Komuniti ASEAN 2025 bagi memantapkan kerjasama antara China dan negara-negara anggota ASEAN.
"Kedua, Mengukuhkan Kerjasama Strategi untuk memberi kelebihan kepada ekonomi ASEAN melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bagi memudahkan aktiviti perdagangan dan import eksport selain memperbanyakkan ekspo perniagaan untuk menjana pembangunan bersama.
"Selain itu, perkara ketiga adalah Mengukuhkan Rangkaian Kesalinghubungan iaitu meningkatkan jaringan pengangkutan serantau seperti landasan kereta api, penerbangan, maritim dan keselamatan siber," katanya berucap pada majlis perasmian Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2019 di sini, pada Sabtu.
Berucap selanjutnya, Han berkata saranan keempat adalah Memperkukuhkan Inovasi seperti memperluaskan jaringan e-dagang serta menjayakan 'Kerjasama Ekonomi Biru.'
Cadangan kelima, kata beliau, menyentuh aspek Memperkukuhkan Sosiobudaya dalam memperkasakan pendidikan, kebudayaan, kesihatan, generasi muda, dan juga media di antara China-Asean.
Dalam pada itu, mengulas CAEXPO edisi ke-16 itu, beliau berharap komuniti ASEAN dapat mengambil inisiatif untuk bekerjasama menjayakan inisiatif BRI yang dijayakan oleh negara itu.
Ekspo ASEAN-China itu berlangsung selama empat hari bermula 21 hingga 24 September ini dan turut menyaksikan penyertaan 167 syarikat termasuk 151 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#belt dan road
#BRI
#CAEXPO 2019
#China
#ekonomi
#Han Zheng
#jalan dan jalur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan