CIMB Group Holdings Bhd telah melantik Datuk Abdul Rahman Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif (CEO/ED) kumpulannya, serta melantiknya sebagai CEO/ED CIMB Bank Bhd, berkuat kuasa 10 Jun, 2020.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Kumpulan CIMB berkata Abdul Rahman yang kini Pengerusi Bukan Eksekutif Sime Darby Bhd dan Velesto Energy Bhd menggantikan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, yang melepaskan jawatannya untuk menyertai kerajaan selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan.
Abdul Rahman pernah menjadi CEO Ekuiti Nasional Bhd selama tujuh tahun sebelum dilantik sebagai Presiden dan CEO Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada 2016.
Di PNB, beliau memainkan peranan penting dalam memacu kepelbagaian aset yang strategik, serta meningkatkan pengalaman pengguna melalui inisiatif operasi dan pendigitalan.
Abdul Rahman memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dari Cambridge University, United Kingdom dan juga ahli Institut Akauntan Berkanun di England dan Wales (ICAEW).
Sementara itu, Pengerusi CIMB Datuk Mohd Nasir Ahmad berkata Adbul Rahman yang memainkan peranan sebagai pemimpin lebih daripada 20 tahun di beberapa industri, Abdul Rahman telah menunjukkan prestasi yang baik dalam melakukan transformasi dalam sebuah organisasi, menghasilkan prestasi baik, mengukuhkan kepatuhah dan risiko operasi, serta mencipta inovasi dalam persekitaran landskap yang berkembang pesat.
"Ketika industri mengalami perubahan, beliau akan membawa perspektif baru untuk melakukan transformasi berterusan CIMB. Kami yakin dengan sokongan pasukan kepemimpinan kanan CIMB yang berpengalaman dan berpengalaman, Abdul Rahman akan dapat membawa kemajuan kepada kumpulan ini pada waktu yang mencabar ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 29 2020
Abdul Rahman memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dari Cambridge University, United Kingdom dan juga ahli Institut Akauntan Berkanun di England dan Wales (ICAEW).
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
CIMB lantik Abdul Rahman Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
Datuk Abdul Rahman Ahmad menggantikan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, yang melepaskan jawatannya untuk menyertai kerajaan.