awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CIMB tawar pemindahan dana dalam talian tanpa fi

Bernama
Bernama
25/04/2018
13:45 MYT
CIMB tawar pemindahan dana dalam talian tanpa fi
Bank itu turut yakin pemindahan dana tanpa fi itu akan menggalakkan lebih ramai pelanggan beralih kepada pembayaran elektronik selain membantu membangunkan ekosistem e-pembayaran Malaysia.
CIMB Bank Bhd menawarkan pemindahan dana antara bank tanpa fi melalui CIMB Clicks (www.cimbclicks.com.my) dan aplikasi perbankan mudah alih CIMB EVA kepada pelanggannya, tanpa mengambil kira jumlah transaksi, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memacu penggunaan pembayaran digital.
Dalam kenyataan di sini, bank itu berkata fi GIRO Antara Bank (IBG) sebanyak RM0.11 setiap transaksi dan fi Pemindahan Dana Antara Bank (IBFT) sebanyak RM0.53 setiap transaksi akan dikecualikan dengan serta-merta.
Pengumuman itu juga sebagai menyokong agenda masyarakat tanpa tunai Bank Negara Malaysia, menurut bank itu.
"Sejak tiga tahun lepas, kami telah menyaksikan transaksi digital berkembang dengan Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul (CAGR) hampir kepada 40 peratus dan transaksi mudah alih dengan CAGR sebanyak 90 peratus," kata CIMB.
Bank itu turut yakin pemindahan dana tanpa fi itu akan menggalakkan lebih ramai pelanggan beralih kepada pembayaran elektronik selain membantu membangunkan ekosistem e-pembayaran Malaysia.
CIMB Clicks yang dinaik taraf serba baharu itu, dilancarkan pada 17 Mac, memberi pengalaman pengguna yang lebih baik, akses yang cepat ke akaun dan transaksi, keselamatan yang lebih baik, selain penawaran dan promosi.
CIMB berkata sejak pelancaran CIMB Clicks yang baharu, pendaftaran pengguna baharu meningkat lebih 30 peratus berikutan mudah untuk melayarinya dan pengalaman pengguna yang lancar di komputer meja, tablet dan telefon bimbit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara
#cimb bank
#Cimb Clicks
#GIRO
#transaksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan