awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pasaran saham AS terus merudum

Rizal Zulkapli
Rizal Zulkapli
12/03/2020
22:38 MYT
COVID-19: Pasaran saham AS terus merudum
Indeks Perindustrian Dow Jones jatuh lebih 2,300 mata dan ditutup pada 21,200 mata pada Khamis, 12 Mac, 2020. (Foto AP)
Saham di pasaran Amerika Syarikat mencatatkan kejatuhan terbesar pada Khamis sejak 'Black Monday' pada 1987.
Indeks Perindustrian Dow Jones jatuh lebih 2,300 mata dan ditutup pada 21,200 mata.
Antara yang teruk terjejas adalah saham syarikat pengembaraan, termasuk Norwegian Cruise Line yang jatuh 36 peratus, Royal Caribbean Cruises yang jatuh 31 peratus dan syarikat penerbangan di Amerika yang jatuh lebih 17 peratus.
Penjualan tersebut berterusan biarpun selepas dagangan digantung 15 minit pada sekitar 9.15 pagi Khamis di New York.
Bursa New York terus jatuh biarpun simpanan persekutuan Amerika mengumumkan akan melaksanakan perjanjian pembelian semula, atau repo, bernilai 1.5 trilion dollar.
Ini adalah langkah bank pusat berkenaan untuk meningkatkan kecairan ke dalam sistem kewangan ketika pasaran menunjukkan tanda tekanan.
Repo ini akan bermula pada Jumaat.
BACA: Pasaran saham Amerika Syarikat jatuh 7 peratus
Dalam masa yang sama, Bank Pusat Eropah turut mengambil langkah menyuntik 120 bilion euro ke dalam pasaran di Eropah menerusi pinjaman dan pembelian aset.
Menurut laporan the Associated Press, pasaran ketika ini khuatir ekonomi terbesar dunia itu dan kerajaan lain tidak mampu untuk membantu ekonomi yang kini terkesan akibat penularan COVID-19.
Indeks S&P 500 jatuh 9.5 peratus dan kejatuhan itu adalah 26.7 peratus dari tempoh tertinggi bulan lepas.
Presiden Amerika Donald Trump sebelum itu mengumumkan larangan perjalanan selama 30 hari melibatkan Eropah.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#bank
#Bank Pusat Eropah
#Bursa New York
#COVID-19
#Donald Trump
#Dow Jones
#ekonomi
#New York
#penerbangan
#saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan