awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Saham Apple jatuh 3 peratus, jualan dan pengeluaran terjejas

Agensi
Agensi
19/02/2020
00:51 MYT
COVID-19: Saham Apple jatuh 3 peratus, jualan dan pengeluaran terjejas
Prestasi Apple masih lagi baik di luar China dan pelancaran telefon 5G dijangka meningkatkan kembali jualan. (Foto AP/Fail)
SAHAM Apple jatuh lebih tiga peratus dalam dagangan Selasa, susulan daripada kenyataan Apple berkenaan operasi dan jualan di China.
Ia turut mengheret turun saham pembekal di serata dunia.
Sebelum ini syarikat teknologi Apple, memberi amaran kepada pelaburnya yang ia mungkin tidak capai sasaran kewangan untuk suku kedua.
Menurut Apple, ini susulan pengeluaran dan jualan iPhone yang terkesan akibat penularan COVID-19 di China dan pengeluaran yang dilakukan diluar wilayah Hubei adalah masih perlahan.
Dalam masa yang sama, permintaan menurun di China kerana kebanyakan daripada 42 pusat jualan Apple di China ditutup atau beroperasi dengan lebih singkat.
Apple dalam kenyataan sebelum ini menyatakan ia tidak akan mencapai sasaran pendapatan AS$63 bilion untuk suku berakhir 31 Mac.
Ia bagaimanapun tidak menyatakan sasaran baru yang ditetapkan untuk suku berkenaan meskipun China adalah pasaran ketiga terbesar bagi Iphone selepas Amerika dan Eropah.
Namun di luar China, Apple menyatakan pasaran iPhone masih kukuh dan selari dengan jangkaan syarikat.
Penganalisis yang ditinjau Reuters melihat kemaskini unjuran berkenaan sebagai cabaran jangka pendek.
Tambah mereka, prestasi syarikat berkenaan masih lagi baik di luar China dan pelancaran telefon 5G dijangka meningkatkan kembali jualan.
Topic Berkaitan
#Apple
#AS
#China
#COVID-19
#iPhone
#jualan
#operasi
#pelabur
#pendapatan
#pengeluaran
#penularan
#sasaran kewangan
#teknologi
#telefon 5G
#tidak mencapai sasaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan