awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Cyberjaya bukan perniagaan hartanah, tapi ...' - Azmin

Isabelle Leong
Isabelle Leong
12/10/2018
08:17 MYT
'Cyberjaya bukan perniagaan hartanah, tapi ...' - Azmin
AZMIN: Malaysia tidak boleh tertinggal dalam mendakap industri-industri baharu berteknologi tinggi ini. - Foto Astro AWANI
Cyberjaya bukan sebuah hab pembangunan hartanah malahan ia harus mencontohi model Silicon Valley di Amerika Syarikat sebagai hab internet dan teknologi di Malaysia.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil berat perkara ini dan menegaskan supaya pembangunan Cyberjaya kembali kepada matlamat asalnya iaitu dibangunkan untuk menjadi hab IT Malaysia.
“Kita melihat Cyberjaya sekarang ini bukanlah lagi menjadi Silicon Valley seperti di Amerika Syarikat ataupun di Bangalore, India. Cyberjaya sudah menjadi satu hab pembangunan hartanah.
Beliau berkata demikian semasa menjadi panel dalam program 'Bicara Minda bertajuk Ekonomi: Kesejahteraan Untuk Semua' di Dewan Karangkraf, Shah Alam pada Jumaat.
“Ia sudah lari daripada matlamat asal pembangunan Cyberjaya untuk menjadi hab IT di Malaysia dan ini sebenarnya antara arahan Perdana Menteri kepada saya untuk melihat semula pembangunan Cyberjaya itu balik kepada asal bagi menarik beberapa pemain-pemain industri teknologi untuk datang semula ke Malaysia.
“Ini antara perkara yang sedang kita teliti kerana Malaysia tidak boleh tertinggal dalam mendakap industri-industri baharu berteknologi tinggi,” katanya.
Topic Berkaitan
#Cyberjaya
#ekonomi
#HAB
#hartanah
#IT
#menteri
#Mohamed Azmin Ali
#Perdana Menteri
#Silicon Valley
#teknologi
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan