awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan SST 'lebih membebankan' tidak masuk akal - Guan Eng

Astro Awani
Astro Awani
17/07/2018
11:56 MYT
Dakwaan SST 'lebih membebankan' tidak masuk akal - Guan Eng
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, perbezaan sebanyak RM23 bilion itu akan 'dipulangkan semula' kepada rakyat. - Gambar fail/Astro AWANI
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak akan membebankan rakyat berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana kerajaan hanya akan mengutip RM21 bilion setahun berbanding RM44 bilion yang dikutip daripada GST.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, ini memandangkan perbezaan sebanyak RM23 bilion itu 'dipulangkan semula' kepada rakyat.
"Tidak mungkin SST lebih membebankan rakyat berbanding GST apabila jumlah kutipan daripada SST hanya dianggarkan bernilai RM21 bilion setahun, manakala anggaran kutipan GST bernilai RM44 bilion bagi tahun 2018, berdasarkan sasaran kerajaan terdahulu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tegas beliau, kenyataan palsu yang disebarkan oleh UMNO bahawa sistem cukai SST adalah lebih membebankan rakyat berbanding sistem cukai GST adalah tidak masuk akal sama sekali.
BACA: 'Usah keliru, SST bukannya 16 peratus'
BACA: SST ditetapkan pada 6 peratus bagi perkhidmatan, 10 peratus untuk jualan
"Menurut kenyataan mereka, kenyataan saya bahawa kadar cukai jualan di bawah sistem cukai SST sejumlah 10% dan kadar cukai perkhidmatan sebanyak 6% bermakna jumlah keseluruhan cukai yang dikenakan adalah 16%; lebih tinggi berbanding kadar cukai GST 6%.
"Ini adalah tidak benar dan amat mengelirukan, kerana kita tidak boleh sewenang-wenangnya menambah peratusan cukai jualan (sales tax) dan cukai perkhidmatan (services tax)," tambahnya.
Selain itu, Guan Eng turut meminta UMNO dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bagaimana SST membebankan rakyat berbanding GST.
Topic Berkaitan
#cukai barang dan perkhidmatan
#Cukai Jualan dan Perkhidmatan
#GST
#Lim Guan Eng
#Menteri Kewangan
#Najib Razak
#SST
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan