awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Pegawai polis sedar daripada koma selepas serangan Bondi Beach
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dana RM50,000 menanti usahawan kreatif, jom sertai "Contentpreneur 2020"!

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
30/08/2019
05:41 MYT
Dana RM50,000 menanti usahawan kreatif, jom sertai "Contentpreneur 2020"!
Kata anggota kumpulan KRU itu, peserta yang terpilih kemudian akan melalui proses 'mentorship' oleh pakar profesional dan pelabur industri selama empat bulan. - Foto Astro AWANI
Yayasan KRU hari ini melancarkan program “Contentpreneur 2020” sebagai usaha menyediakan peluang perniagaan berkaitan industri kreatif.
Menurut Presiden Lembaga Pemegang Amanah, Datuk Norman Abdul Halim, program berkonsepkan pertandingan itu bakal menyediakan pembiayaan modal permulaan sebanyak RM50,000 kepada pemenang bagi penciptaan harta intelek.
Kata anggota kumpulan KRU itu, peserta yang terpilih kemudian akan melalui proses “mentorship” oleh pakar profesional dan pelabur industri selama empat bulan.
“Pertama sekali kami bukan mencari artis, kami mencari usahawan baru dan apa kami buat adalah menyediakan platform kepada syarikat-syarikat baru ini untuk membuat “pitching” kepada pelabur untuk tiga kategori.
“Kategori tersebut adalah filem, kandungan bersiri dan muzik.
“Apa yang kami cuba cari meliputi pelbagai kreativiti termasuklah animasi,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran “Contentpreneur 2020” sempena Minggu Usahawan Nasional (MUN) 2019 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Ser­dang (MAEPS) di Serdang, di sini, hari ini.
Turut hadir merasmikan program tersebut ialah Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.
Mengulas lanjut Norman berkata, pihaknya sudah menjalin kerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi dan menandatangani lebih 10 memorandum persefahaman (MoU).
“Kita juga ada beberapa pihak dalam sektor Korporat yang berhasrat untuk menyediakan dana dan kita mengharapkan para pelabur individu daripada agensi kerajaan,” katanya.
Ujar Norman lagi, pihaknya yakin program tersebut bakal membuka peluang pekerjaan kepada para pelatih program “Up-Skilling” dan “Re-Skilling” di bawah tajaan Yayasan KRU.
Bagi yang berminat, tarikh penyertaan dibuka pada 30 Ogos sehingga 31 Oktober 2019.
Sesi “pitching” pertama akan diadakan pada bulan November 2019, manakala sesi “pitching” kedua pada bulan Mei 2020.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman sesawang yayasankru.org.
Topic Berkaitan
#Contentpreneur 2020
#industri kreatif
#kerajaan
#Malaysia
#usahawan
#usahawan muda
#Yayasan KRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan