awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DiGi store online dinaiktaraf ke platform e-dagang

Mohd Sharkawi Mohd Salehuddin
Mohd Sharkawi Mohd Salehuddin
24/07/2013
23:30 MYT
DiGi store online dinaiktaraf ke platform e-dagang
DiGi Telecommunication Sdn Bhd mencipta sejarah apabila menjadi syarikat telekomunikasi pertama untuk melancarkan tapak e-dagang yang menjual pakej dan peranti dalam talian dengan perkhidmatan penghantaran rumah.
Sejak penubuhannya pada April 2011, DiGi Online Store telah membawa pembaharuan dalam masyarakat dalam talian Malaysia dan ia telah menjadi titik sentuh yang penting sekaligus mendekatkan DiGi dengan pelanggan.
Menurut Ketua Unit Jualan & Perkhidmatan Dalam Talian, Ramesh Rajandran, DiGi Store Online telah dinaik taraf kepada platform e-dagang yang baru sekaligus membolehkan pelanggan menikmati lebih banyak kemudahan melalui keupayaan pelbagai saluran untuk melengkapkan struktur perniagaan runcit yang sedia ada.
"Penaiktarafan tersebut juga adalah selaras dengan misi DiGi iaitu menyampaikan "Internet Untuk Semua". Ia adalah sebahagian daripada strategi keseluruhan dalam memenuhi keperluan dan permintaan perkhidmatan untuk berada dalam talian boleh diakses pelanggan secara langsung," kata Ramesh dalam temubual eksklusif bersama Astro Awani.
Menawarkan pengalaman membeli-belah bersepadu, DiGi Online Store boleh diakses secara langsung di www.digi.com.my. Secara purata, terdapat kira-kira 1.8 juta pengunjung ke DiGi Store Online setiap bulan serta lebih 50,000 transaksi direkodkan sebulan.
Berdasarkan laporan AT Kearney dan Goldman Sachs mengenai indeks e-dagang, Malaysia berada di kedudukan ke-7 di dunia, di belakang China - untuk potensi pertumbuhan e-dagang dan dijangka mencecah RM3.4 bilion pada tahun 2013 dengan pertumbuhan tahunan 30%. Pada tahun 2011, jumlah urus niaga e-dagang di Malaysia ialah RM842 juta.
Topic Berkaitan
#Digi
#E-dagang
#telekomunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan