Firma Turki boleh melabur atau menjalinkan perkongsian dengan rakan perniagaan tempatan dalam tiga sektor utama di Malaysia iaitu aeroangkasa, automotif serta jentera dan kelengkapan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata bagi sektor aeroangkasa, Malaysia menyasarkan untuk muncul sebagai negara aeroangkasa terkemuka di ASEAN dan memanfaatkan pasaran global pada 2030.
“Berasaskan sasaran ini, kami telah mengenal pasti bidangnya seperti penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih selain pembuatan, penyepaduan sistem serta perkhidmatan kejuruteraan dan reka bentuk. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Turki dalam bidang seperti kejuruteraan pesawat,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada Mesyuarat Meja Bulat dengan Peneraju Industri Turki di sini, pada Jumaat.
Dalam sektor automotif pula, Dr Mahathir berkata Malaysia meletakkan sasaran untuk menjadi hab kenderaan cekap tenaga, justeru itu, beliau mempelawa syarikat Turki ke arah mewujudkan usaha sama bagi tujuan tersebut.
“Inisiatif ini akan mendorong kepada pemuliharaan alam sekitar, menawarkan pekerjaan berpendapatan tinggi, pemindahan teknologi dan mewujudkan perniagaan bagi syarikat tempatan,” katanya
Bagi sektor jentera dan kelengkapan, Perdana Menteri berkata industri berkenaan di Malaysia adalah antara yang terbesar di ASEAN, dengan keupayaan menyediakan pelbagai perkhidmatan berkualiti dan berkelas dunia.
“Malaysia mengalu-alukan syarikat dari Turki untuk melabur atau bekerjasama dengan firma Malaysia yang berkeupayaan dan berteknologi tinggi,” katanya.
Beliau berkata Malaysia sedang melaksanakan usaha transformasi besar-besaran dalam ekonomi dan kerajaan akan meneruskannya.
Malaysia turut mengekalkan dasar menyokong perniagaan dan berhemat bagi memastikan Malaysia sebagai destinasi menarik untuk perniagaan asing yang mahu mengembangkan dan mempelbagaikan operasi sedia ada mereka, katanya
Dr Mahathir juga memberitahu pelabur asing yang berpotensi bahawa pelaburan di Malaysia akan menjadi pintu masuk ke rantau ASEAN yang luas
“Apabila anda memikirkan tentang Malaysia, silalah juga memikirkan mengenai ASEAN, kumpulan 10 negara di Asia Tenggara yang mempunyai 650 juta penduduk,” katanya.
Semasa sesi dialog, beliau yang kagum dengan kecanggihan produk pertahanan keluaran Turki berkata Malaysia mahu bekerjasama dengan Turki untuk membangunkan produk sedemikian di samping membantu negara ini memasarkannya ke ASEAN.
Beliau berkata Malaysia mempunyai kelebihan untuk menjadi pusat aktiviti perniagaan di Asia Tenggara.
Kerajaan Malaysia juga mahu mengurangkan kebergantungan dengan minyak sawit dan akan memikirkan tanaman lain untuk mempelbagaikan sumber ekonomi, katanya.
Hadir sama ialah Menteri Industri dan Teknologi Turki Mustafa Varank selain Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking.
Dr Mahathir berada dalam rangka lawatan rasmi ke Turki sejak Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2019
Dr Mahathir menghadiri sidang meja bulat bersama peneraju industri melibatkan kira-kira 35 syarikat utama Turki di Hotel Shangri-La Bosphorus, Istanbul, 26 Julai, 2019. Turut hadir, Mustafa Varank (kanan) dan Darell Leiking (kiri). --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Penggiat aeroangkasa Malaysia sertai Pertunjukan Udara Farnborough di UK
Syarikat terbabit mempunyai kepakaran dalam pengeluaran aeroangkasa, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dan integrasi sistem.
Kerjasama GSA, TF-CWASM dijangka beri impak kepada industri aeroangkasa
Global Systemes Asia (GSA) dan Transfingo Group (TF-CWASM) menjalin kerjasama yang berupaya memberi impak positif kepada masa depan aeroangkasa di rantau ini.
Industri aeroangkasa berada di landasan capai sasaran hasil RM18 bilion tahun ini
Hasil dianggarkan melebihi RM16 bilion pada suku ketiga tahun tahun ini, tetapi jumlah sebenarnya tidak akan diketahui sehingga tahun depan.
China lancarkan roket berkuasa metana pertama di dunia
Roket itu dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China.
Terengganu Inc taja program UAV pertama diadakan di sekolah di Malaysia
Program itu bertujuan menanam minat pelajar dalam bidang aeroangkasa yang melibatkan mata pelajaran STEM.
MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023
Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.
Anwar harap LIMA '23 perkukuh Malaysia sebagai hab serantau industri aeroangkasa, maritim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan harapan agar LIMA '23 akan mengukuhkan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim.
Kerajaan komited sokong pertumbuhan industri aeroangkasa - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata Malaysia pada hari ini juga memiliki dasar yang lebih baik untuk mempromosikan negara sebagai properdagangan, properniagaan dan propelaburan.
LIMA 2023 'tayang' lebih 100 aset aeroangkasa, maritim
Sebanyak 35 hingga 40 aset daripada industri maritim akan dipamerkan dan pengunjung dapat melihat kemunculan 'istimewa' aset maritim.
Kontrak kedua UMW dari Rolls-Royce bukti kualiti tempatan dipercayai syarikat global
UMW Holdings Bhd memperoleh kontrak kedua bernilai RM1 bilion daripada syarikat aeroangkasa Rolls-Royce Holdings selepas kontrak pertama diperoleh pada lapan tahun lepas.