Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) akan mengadakan kempen pengambilan pekerja di Bentong, Pahang selaras dengan komitmennya untuk mengambil kira-kira 70 peratus pekerja Malaysia dalam pembinaan infrastruktur kereta api berimpak tinggi itu.
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), pemilik projek ECRL sepanjang 688 kilometer tersebut berkata, ia akan mengadakan kempen sehari di Dewan Perbandaran Cina Bentong pada 4 Mei mulai jam 9 pagi hingga 5 petang, bersama dengan kontraktor utama projek, China Communications Construction Company Ltd (CCCC).
Bentong, dengan penduduk lebih 100,000 orang, akan mempunyai sebuah stesen kargo dan penumpang mengikut Skim Keretapi ECRL untuk Fasa 1, yang diluluskan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat pada Jun 2017.
"Stesen Bentong akan menjadi antara lapan stesen yang ditetapkan di Pahang di bawah penjajaran ECRL," kata MRL dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut MRL, pengambilan segera semasa semasa kempen pengambilan di Bentong termasuk pekerja pengurusan, kejuruteraan, pengurusan pembinaan, perdagangan dan kontrak dan kerja makmal.
Ia berkata, graduan baharu dalam kejuruteraan awam serta pekerja pembinaan berkemahiran, separuh mahir, terutama berumur 18 hingga 35 tahun digalak menghadiri temuduga.
"Calon juga berpeluang menyertai Program Latihan Kemahiran Perindustrian ECRL selama tiga bulan yang bertujuan untuk melatih rakyat Malaysia dengan set kemahiran teknologi kereta api. Apabila tamat, pelatih akan diserap sebagai pekerja sepenuh masa sama ada oleh MRL, CCCC atau subkontraktornya," tambah MRL.
Kempen pengambilan pekerja selama sehari ini juga menawarkan pekerjaan lain seperti pekerja konkrit, pengimpal, juruelektrik serta pengendali jentera pengorek.
Calon perlu membawa resume, foto berukuran pasport serta salinan asal dan fotokopi sijil pendidikan mereka untuk temuduga berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, projek itu berjalan lancar untuk memastikan rakyat Malaysia membentuk 70 peratus daripada 30,000 pekerja yang diperlukan semasa tempoh puncak pembinaan pada akhir 2019.
Menurutnya, kempen pengambilan pekerja di Bentong adalah sebahagian daripada jelajah di seluruh negara yang bermula pada Mac tahun ini yang melibatkan Kuala Lumpur, Kota Bharu, Dungun dan Kuantan.
"MRL dan CCCC juga merancang untuk mengadakan kempen pengambilan pekerja secara aktif di negeri pantai barat Semenanjung Malaysia serta di Sabah dan Sarawak untuk terlibat dalam projek infra rakyat berkenaan.
"Kami akan berusaha gigih untuk menggalak pekerja profesional, mahir dan separuh mahir yang berminat dalam infrastruktur kereta api untuk menyertai projek ECRL pada waktu terdekat. Pemindahan teknologi yang berterusan dari projek itu juga akan membolehkan rakyat Malaysia merangkul teknologi kereta api paling moden dan cekap dari China," tambah Darwis.
MRL adalah kenderaan tujuan khas yang dimiliki Menteri Kewangan Diperbadankan dan ditugaskan untuk melaksana dan menyerahkan ECRL pada pertengahan 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 02 2018
Calon pekerja berpeluang menyertai Program Latihan Kemahiran Perindustrian ECRL selama tiga bulan yang bertujuan untuk melatih rakyat Malaysia dengan set kemahiran teknologi kereta api.
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Kerajaan susun strategi perkukuh daya saing pelabuhan negara
Kerajaan telah menyusun strategi jangka masa pendek dan panjang bagi memperkukuhkan daya saing pelabuhan utama negara iaitu Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kelantan tiada masalah pengambilan tanah untuk lanjutkan ECRL ke Rantau Panjang
Kerajaan Kelantan tidak mempunyai sebarang masalah pengambilan tanah jika cadangan pelanjutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung sehingga Rantau Panjang dipersetujui kerajaan MADANI.
Kemajuan pembangunan projek ECRL di Terengganu melebihi 80 peratus
Kemajuan projek di negeri ini adalah yang terpantas dan mencatat peratusan tertinggi berbanding tiga negeri lain.
Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.
Kos pembinaan ECRL kekal pada RM50.27 bilion - Anthony Loke
Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih kekal pada RM50.27 bilion.
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai lebih 60 peratus
Darwis berkata kemajuan berkenaan setakat Februari lepas dan pembinaan projek ini berjalan lancar.
Projek ECRL berjaya capai penembusan 30 terowong
Tiga terowong tersebut adalah terowong Bentong 1 sepanjang 561 meter, terowong Kampung Lentang 1 (270 meter) dan terowong Kampung Lentang 2 (478 meter).
Projek ECRL ikut jadual, kini capai 62 peratus
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjalan mengikut jadual dan kini sudah mencapai 62 peratus setakat Februari 2024.
Kelantan fokus bangunkan Bandar Baru Tunjong, Tok Bali
Kedua-dua lokasi itu berpotensi mendapat impak kewujudan stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur pada masa akan datang.