awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi Malaysia dijangka melantun semula pada 2017 - Bank Dunia

Bernama
Bernama
05/10/2016
05:19 MYT
Ekonomi Malaysia dijangka melantun semula pada 2017 - Bank Dunia
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangkakan perlahan kepada 4.2 peratus pada 2016 daripada 5.0 peratus pada tahun lepas. - Gambar fail
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka melantun semula pada 2017 dan 2018 susulan pemulihan harga minyak dan barangan eksport, kata Ketua Ekonomi bagi Asia Timur dan Pasifik Sudhir Shetty.
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangkakan perlahan kepada 4.2 peratus pada 2016 daripada 5.0 peratus pada tahun lepas, dengan minyak dan eksport perkilangan terjejas disebabkan permintaan global yang lemah, kata Shetty.
"Kami sudah melihat trend pemulihan ketika ini," katanya kepada media Malaysia melalui persidangan video dari Washington DC di sini hari ini.
Secara keseluruhannya, pertumbuhan dalam ekonomi membangunkan di Asia Timur dan Pasifik dijangka kekal berdaya tahan dalam tempoh tiga tahun akan datang, berkembang pada kadar 5.8 peratus tahun ini dan 5.7 peratus pada 2017-2018.
Sementara itu, Bank Dunia menjangkakan China akan meneruskan peralihan beransur-ansur kepada pertumbuhan yang lebih perlahan, namun lebih mampan daripada 6.7 peratus pada 2016 kepada 6.5 peratus pada 2017 dan 6.3 peratus pada 2018. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#ekonomi malaysia
#Ketua Ekonomi bagi Asia Timur dan Pasifik
#Sudhir Shetty
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan