awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAMA, Shopee lancar jualan durian dalam talian pertama di Malaysia

Bernama
Bernama
14/07/2020
23:35 MYT
FAMA, Shopee lancar jualan durian dalam talian pertama di Malaysia
Edisi pertama kempen ini terhad di Lembah Klang sahaja bagi menjamin kesegaran buah-buahan dan penghantaran akan dilakukan pada hari berikutnya selepas pesanan dibuat.
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan platform e-dagang, Shopee buat julung kalinya bekerjasama memasarkan durian secara dalam talian atau 'Durian E-Fiesta' bermula hari ini sehingga 19 Julai ini.
Ketua Pengarah FAMA Datuk Zainal Abidin Yang Razalli berkata penggemar durian boleh memilih pelbagai jenis durian seperti Musang King, Udang Merah, D24, Hor Lor, kampung dan sebagainya menerusi pembelian dalam talian yang pertama di Malaysia itu.
Sebagai dorongan untuk transformasi perniagaan, FAMA dan Shopee akan memberi sokongan kepada peniaga durian melalui pembiayaan baucar potongan harga RM5 dan RM20 dengan perbelanjaan minimum yang ditetapkan serta pelbagai lagi tawaran menarik.
"Selain itu, pengguna juga dapat menikmati Musang King di jualan kilat 'Shocking Sale' pada harga RM10 sahaja ketika berlangsungnya Durian E-Fiesta," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sementara itu Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata mengambil kira pengguna yang mungkin kurang menggemari buah itu, Durian E-Fiesta turut memasarkan buah-buahan tempatan yang lain seperti manggis, mangga, nanas dan banyak lagi pada kempen berkenaan.
Edisi pertama kempen ini terhad di Lembah Klang sahaja bagi menjamin kesegaran buah-buahan dan penghantaran akan dilakukan pada hari berikutnya selepas pesanan dibuat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#baucar
#dalam talian
#durian
#Durian E-Fiesta
#E-dagang
#FAMA
#Ian Ho
#Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
#Lembah Klang
#Musang King
#pasar
#penghantaran
#peniaga
#pesanan
#potongan harga
#Shocking Sale
#Shopee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan