awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV tamatkan MoU dengan beberapa syarikat

Bernama
Bernama
14/06/2016
07:06 MYT
FGV tamatkan MoU dengan beberapa syarikat
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata ia tidak dapat mencapai syarat-syarat perjanjian yang boleh diterima.
Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) telah menamatkan Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Innogas Technologies Sdn Bhd serta sebuah lagi syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Newlight Technologies LLC.
Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia tidak dapat mencapai syarat-syarat perjanjian yang boleh diterima.
Disember lepas, FGV mengumumkan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Newlight Technologies LLC dan Innogas Technologies Sdn Bhd, bagi menghasilkan plastik terbiodegradasikan daripada bahan buangan biojisim minyak sawit di Malaysia.
MoU tersebut menjelaskan kefahaman dan niat pihak-pihak yang terbabit sepanjang tempoh penerokaan interim.
FGV berkata pihak terbabit merancang untuk memulakan projek ini dalam suku kedua 2016, dengan pembinaan kilang pertama dijangka bermula pada suku keempat tahun hadapan dan siap dalam tempoh 14 bulan.
Topic Berkaitan
#felda global ventures
#FGV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan