Kenaikan gaji yang tidak setara dikenal pasti faktor utama peningkatan kos sara hidup.
Nilai gaji didapati menjadi rendah di kawasan bandar akibat dari peningkatan kadar inflasi yang tinggi.
Selain komuniti berpendapatan rendah, golongan pertengahan yang rata-rata adalah majoriti masyarakat Malaysia turut merasai impaknya.
Peningkatan harga barang keperluan dan makanan, ditambah dengan kos pengangkutan harian dan sewa rumah semakin menekan kehidupan rakyat.
Iklim ekonomi negara yang kurang memberangsangkan kesan ketidaktentuan harga minyak juga menambah tekanan kepada kuasa beli pengguna, sekali gus merencatkan pertumbuhan ekonomi tempatan.
Pengarah Khazanah Research Institute, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, keadaan diburukkan lagi dengan kadar kenaikan gaji yang lebih kecil berbanding inflasi.
"Keseluruhan gaji di Malaysia naik tapi perlahan. Median gaji penengah tahun ini berada di tahap RM1,600 berbanding RM1,500 tahun lepas tetapi di kawasan-kawasan bandar kenaikan gaji hanyalah sebanyak RM55. Manakala rakyat yang tinggal di pendalaman mendapat gaji kurang dari RM1,200 iaitu RM400 kurang dari mereka yang di bandar. Di beberapa negeri seperti Melaka dan Pulau Pinang, kadar kenaikan menjadi kosong jika kita ambil kira kadar inflasi.
"Ini disebabkan oleh kenaikan harga barang keperluan, makanan dan utiliti. Harga makanan meningkat lebih cepat berbanding barang-barang lain, sebanyak hampir 30 peratus. Kita import banyak makanan. Contohnya, kita import lebih 90 peratus susu dan 70 peratus daging mentah.
"Persoalannya, kenapa gaji tidak naik? Kejatuhan ekonomi global adalah salah satu puncanya, ekonomi tempatan pula tahun ini hanya dijangka akan berkembang 4.1 peratus, maksudnya ia tidak serancak dahulu.
"Perkara ini menyebabkan ramai pekerja kehilangan pekerjaan. Bayangkan, dari bulan Januari hingga Mei, kadar pengangguran meningkat 10 peratus," katanya.
Jelas Muhammed, situasi ini menyebabkan jurang pendapatan dan harta di antara golongan miskin dan kaya dan di antara negeri semakin luas. Ini berlaku meskipun jurang pendapatan antara kaum semakin kecil.
"Jurang antara kaum memang menunjukkan pengurangan dan itu adalah sesuatu yang baik. Namun, jurang diantara negeri pula semakin meningkat.
"Ramai yang tidak tahu, pendapatan per kapita individu di Kuala Lumpur adalah sama dengan negara maju seperti Korea Selatan, manakala pendapatan Kelantan, negeri paling miskin adalah lebih rendah dari Sri Lanka.
"Ini menunjukkan jurang yang semakin meningkat tinggi. Sebab utama perkara ini berlaku adalah pembangunan yang banyak dibuat di Kuala Lumpur berbanding dengan negeri lain, terutamanya negeri-negeri yang dianggap miskin.
"Contohnya pembinaan 'High Speed Rail', pusat-pusat komersil dan universiti-universiti, semuanya mahu dibina di sini jadi bagaimana negeri seperti Kelantan mahu maju?," kata Muhammed.
Tambah beliau, kerajaan harus menyedari kesan pembangunan setempat ini dan melakukan sesuatu bagi menanganinya.
"Pembangunan setempat adalah sangat penting , kita harus tolong kawasan-kawasan ini. Orang yang berpendidikan rendah banyak yang tertinggal di kawasan-kawasan ini apabila universiti dibina di kawasan bandar.
"Kita harus lihat bahawa pendidikan tinggi bermaksud gaji yang tinggi. Undang-undang dan polisi negara banyak membantu dan melindungi golongan berpendidikan tinggi.
"Contohnya, kita ada polisi yang menyukarkan doktor, jurutera dan peguam luar untuk bekerja disini tetapi bagi pekerja-pekerja buruh dan berpendidikan rendah tidak. Ini bermakna pekerja-pekerja asing seperti dari Bangladesh dan Myanmmar mengambil tempat mereka," tambahnya.
Selain itu, struktur percukaian negara juga tidak membantu golongan pekerja di mana hampir setiap perbelanjaan mereka dicukai, terutamanya apabila dibandingkan dengan sesetengah pelaburan dan perbelanjaan yang dikecualikan dari cukai.
Kebanyakan pelaburan dan perbelanjaan ini melibatkan harta yang tidak mampu dimiliki golongan miskin dan pertengahan.
Menurut Muhammed, kelemahan polisi dan pasaran buruh inilah yang menyebabkan jurang diantara miskin dan kaya semakin tinggi.
"Satu lagi cukai kita. Orang yang bergaji akan bayar cukai. Tetapi jika saya beli saham saya tak perlu bayar cukai. Jika ibu bapa saya kaya dan mewariskan saya saham, aset seperti rumah dan sebagainya, saya tak perlu bayar cukai sedangkan peningkatan aset lebih tinggi dari gaji. Ternyata ada ketidakadilan di situ," katanya.
Beliau turut berkata keadaan ekonomi setempat dilihat tidak akan pulih dalam masa terdekat akibat keadaan ekonomi global yang merudum.
"Menurut data yang dikumpul Khazanah sendiri untuk pertengahan tahun 2016, kadar pinjaman turun sembilan peratus, pelaburan swasta turun dua peratus, manakala perbelanjaan kerajaan berada di tahap negatif. Kita juga lihat pasaran domestik melalui jualan 'big ticket item' seperti kereta.
Dari bulan Januari hingga Jun tahun ini, jualan kereta turun 15 peratus dan jualan runcit keseluruhan turun empat peratus.
"Apa makna semua ini? Maksudnya orang tak membeli, syarikat tak dapat untung jadi macam mana mereka nak kongsi dengan pekerja? Setakat ini kita tidak nampak bahawa faktor ekonomi akan berkembang dalam masa terdekat.
"Kedua, setiap isi rumah berbelanja hampir 30 peratus pendapatan mereka untuk makanan tetapi harga makanan semakin meningkat. Sebab utamanya adalah kejatuhan nilai mata wang ringgit. Kita import 30 sehingga 40 peratus makanan, contohnya 70 peratus daging dalam negara diimport dari beberapa negara dan kita import dalam mata wang USD jadi bila ringgit jatuh, harga barang-barang import semakin tinggi. Bila gaji tidak naik dan harga barang semakin meningkat, keadaan memang susah untuk pulih."
Bagaimanapun, projek pengangkutan awam yang sedang pesat di kawasan bandar dijangka boleh membantu orang ramai termasuk subsidi perumahan dalam bentuk berbeza.
Keadaan ekonomi yang tidak menentu juga menyebabkan ramai hilang pekerjaan. Laporan Bank Negara Malaysia (BNM) tahun ini mendedahkan kurang lapan peratus rakyat Malaysia mempunyai simpanan yang cukup untuk tidak bekerja selama enam bulan.
Dengan Bajet 2017 yang bakal diumumkan 21 Oktober ini, Muhammed berkata kerajaan masih mampu membantu rakyat.
"Masih ada beberapa perkara yang kerajaan boleh buat. 65 peratus rakyat Malaysia makan gaji dan dalam keadaan ekonomi tidak berkembang dan kadar pengangguran yang tinggi, kerajaan harus melakukan sesuatu untuk melindungi pekerja.
"Bagaimana kita boleh melindungi mereka? Dengan insuran pengangguran. Insurans ini tidak akan tertakluk untuk semua, untuk orang yang bergaji RM4,000 dan kebawah, contohnya, dan kerajaan boleh menggunakan kaedah seperti SOCSO.
"Apabila kami membuat kira-kira, kaedah ini menjimatkan kerajaan dan pekerja sekaligus, hampir tiada kos. Kerajaan hanya perlu bayar premium dalam RM0.20 sen sehari manakala pekerja dan majikan boleh mencarum kurang dari RM5 sehari bersama.
"Dengan ini nasib pekerja boleh dilindungi terutama apabila keadaan ekonomi tidak memberansangkan," katanya.
Selain itu katanya, apa yang boleh dilakukan ialah naikkan pendapatan, bantuan rakyat satu Malaysia secara bersyarat dan mengubah struktur pasaran dengan memecahkan monopoli bagi mengurangkan harga barang.
Nuradilla Noorazam
Fri Sep 23 2016
Dengan Bajet 2017 yang bakal diumumkan 21 Oktober ini, Muhammed berkata kerajaan masih mampu membantu rakyat. - Gambar hiasan
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.
Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim
tindakan tegas akan diambil terhadap majikan kerana setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.
Kerajaan pertimbang cadangan gaji RM4,000 untuk graduan TVET
Cadangan itu antara yang diberi perhatian dalam usaha memperkasakan institusi TVET di Malaysia.
Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.
Elaun bulanan atlet Program Podium ditukar kepada gaji - Hannah
KBS mengumumkan bayaran elaun bulanan atlet yang berada di bawah Program Podium ditukar kepada gaji dan akan dinaikkan dengan minimum asas sebanyak RM1,500 sebulan.
Pelarasan gaji golongan profesion teknikal diberi keutamaan dalam SSPA - PM Anwar
Kehadiran beliau bagi mengiktiraf peranan golongan profesion teknikal yang sesuai dengan keadaan dan pertumbuhan ekonomi negara sekarang.
Lima aspek perlu diteliti sebelum laksana dasar gaji progresif - Prof Roselina
Kerajaan perlu meneliti lima aspek sebelum melaksanakan cadangan dasar gaji progresif dalam memastikan strategi ini mempunyai hala tuju lebih jelas terutama dalam membantu graduan.
Kerajaan disaran struktur semula gaji sektor awam
Zainal berkata, perubahan gaji mengikut gred dapat mengurangkan risiko mereka mendedahkan diri kepada amalan rasuah.
Hijrah bakat: Isu gaji kekal jadi cabaran utama - TalentCorp
Setakat ini, kira-kira 60 peratus daripada diaspora Malaysia di luar negara, iaitu seramai 1.13 juta orang, berada di Singapura.
Kakitangan KLM Royal Dutch Airlines ugut mogok jika gaji tidak dinaikkan 14.3 peratus
FNV menuntut gaji dinaikkan sebanyak 14.3 peratus bagi mengimbangi inflasi pada 2023 dan indeks gaji automatik pada 2024.