Tutup

Berita  | Bisnes

Grab berhasrat meningkatkan jumlah pemandu istimewa kepada 1,000 orang

Grab berhasrat meningkatkan jumlah pemandu istimewa kepada 1,000 orang
Break The Silence sudah mula diperkenalkan di Malaysia dan Thailand sejak 2018, dan telah menghasilkan seramai 500 pemandu dengan kelainan upaya ini di platform itu. - Astro AWANI/ Faris Danial
JAKARTA: Bersempena Minggu Orang Pekak Antarabangsa 2019 yang berlangsung pada 23 hingga 30 September ini, syarikat e-hailing, Grab mengembangkan program ‘Break The Silence’ ke negara-negara Indonesia dan Singapura.

Grab berhasrat untuk meningkatkan jumlah para pemandu berkelainan upaya seperti bisu, pekak ataupun lumpuh kepada 1,000 orang.
Untuk itu, Grab akan bekerjasama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia, GERKATIN di Indonesia, Persatuan Orang Pekak Singapura (Singapore Association of the Deaf) dan Persatuan Kebangsaan Orang Pekak Singapura (National Association of the Deaf Thailand).

Break The Silence’ sudah mula diperkenalkan di Malaysia dan Thailand sejak 2018, dan telah  menghasilkan seramai 500 pemandu dengan kelainan upaya ini di platform itu.
Di Malaysia, program yang memberi sinar harapan kepada golongan kelainan upaya ini kini ditambah baik.

Salah satunya ialah kamus bahasa isyarat, ‘The Sign Language Dictionary’, untuk memudahkan para pengguna Grab untuk berkomunikasi dengan pemandu-pemandu ini.

Dalam pada itu, para pemandu Grab juga akan diberi latihan untuk membantu para pelanggan yang mempunyai kelainan upaya juga.

Berdasarkan kepada maklum balas rakan pemandu ini juga, Grab telah menjalani beberapa inisiatif bagi memenuhi keperluan mereka, antaranya ialah:

- Notifikasi mesej untuk memberi amaran kepada penumpang dan pelanggan bahawa mereka telah dipasangkan dengan pemandu pekak, dan mencadangkan mereka untuk menggunakan ‘GrabChat’ untuk berkomunikasi.

- Fungsi ‘live chat’ khas untuk pemandu pekak mendapatkan sokongan daripada pelanggan apabila mereka memerlukannya.

- Kad ‘flip’ bagi memudahkan urusan komunikasi di dalam kereta untuk memudahkan komunikasi bukan lisan yang lebih baik antara rakan kongsi dan penumpang, untuk memenuhi permintaan seperti arah jalan, pendingin hawa atau pembayaran tol.

- Latihan yang lebih dipertingkatkan dan bahan untuk memudahkan urusan bahasa isyarat untuk memastikan pendaftaran yang lebih lancar untuk rakan kongsi pekak.

- Beberapa kempen untuk mempromosikan komunikasi dan kesedaran yang lebih baik antara rakan kongsi dan penumpang, serta untuk meningkatkan keyakinan pemandu pekak untuk melakukan tugas mereka.

Menurut pengasas bersama Grab, Tan Hooi Ling, menjadi satu cabaran di mana golongan kelainan upaya untuk mencari peluang pekerjaan.

Walau bagaimanapun, sejak ia diperkenalkan, hampir seramai 800 golongan kelainan upaya telah menjana pendapatan menerusi platform Grab.


Tag: Grab, Break The Silence, The Sign Language Dictionary, International Week of The Deaf 2019, Indonesia, Singapura, Thailand, Malaysia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.