awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ICO yang tiada kebenaran sah adalah salah - SC, BNM

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
20/01/2018
04:50 MYT
ICO yang tiada kebenaran sah adalah salah - SC, BNM
Skim ICO melibatkan aktiviti yang tertakluk di bawah undang-undang yang ditadbir oleh SC dan BNM.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan skim tawaran duit syiling awal (initial coin offerings atau ICO) yang dijalankan tanpa kebenaran sah merupakan satu kesalahan.
Skim ICO melibatkan aktiviti yang tertakluk di bawah undang-undang yang ditadbir oleh SC dan BNM.
BNM dalam satu kenyataan berkata, tawaran token digital untuk ditukar kepada mata wang digital atau apa-apa bentuk pembayaran dan aktiviti sampingan boleh menyebabkan keperluan pengawalseliaan dilaksanakan di bawah undang-undang sekuriti.
"Selain itu, individu tidak dibenarkan untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang dikawal selia seperti pemerolehan dana, pengurusan dana dan urus niaga produk pasaran modal tanpa mendapatkan kelulusan yang sah daripada SC.
"Pengendali ICO turut dilarang untuk mengambil deposit dan perniagaan perbankan, aktiviti pentadbiran pertukaran asing dan pengiriman wang tanpa kebenaran yang diperlukan di bawah undang-undang perkhidmatan kewangan yang ditadbir oleh BNM.
"Orang ramai diingatkan untuk berhati-hati sebelum menyertai ICO dan dinasihatkan untuk merujuk senarai institusi yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti yang dikawal selia oleh SC dan BNM," katanya.
Dalam pada itu, kedua-dua pihak berkuasa akan terus memantau isu ini dan akan mengambil tindakan keatas mana-mana individu yang menjalankan aktiviti ini tanpa kebenaran.
Topic Berkaitan
#Bank Negara
#BNM
#cryptocurrency
#digital currency
#ico
#initial coin offering
#SC
#Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan