Industri halal global merupakan industri yang paling mudah bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meraih manfaatnya, kata Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof.
Beliau berkata industri itu mempunyai potensi yang besar dan kementeriannya sedang berusaha untuk menarik penggiat perniagaan halal hiliran ke Malaysia, termasuk pengeluar gelatin dan enzim halal.
"Pada masa ini kita kebanyakannya melakukan ujian produk di Malaysia, kita tidak menjalankan penyelidikan yang mencukupi atau mengkomersialkan penyelidikan kita.
"Oleh itu, daripada menyatakan satu minuman tertentu, misalnya, adalah 'haram', kenapa tidak kita mengeluarkan bahan kita sendiri dan memastikannya halal?," katanya dalam ucaptama pada Persidangan PKS anjuran Dewan Perniagaan British Malaysia dan Standard Chartered Bank Malaysia Bhd di sini pada Rabu.
Beliau berkata pasaran gelatin global mengeluarkan sebanyak 450,000 tan gelatin, dan hanya 10 peratus adalah halal.
"Oleh itu, jika anda dapat melabur untuk menghasilkan gelatin (halal) dan sesuai dengan pengeluaran makanan anda misalnya, anda dapat menarik banyak syarikat dari seluruh dunia.
"Sebagai negara dengan jumlah penduduk majoriti Islam, kami percaya terdapat potensi yang besar untuk Malaysia menceburi industri baharu ini dan logo halal Malaysia diiktiraf dan diterima baik dengan meluas," kata Mohd Redzuan.
Pada persidangan itu, Standard Chartered dan Malaysian Global Innovation Creative Center menandatangani Memorandum Persefahaman untuk mewujudkan SEtia, program untuk memperkukuh kapasiti usahawan sosial tempatan.
SEtia atau program Usahawan Sosial - Transformasi, Inovasi dan Pecutan merupakan inisiatif membina kapasiti untuk mengukuhkan pembangunan usahawan sosial melalui bimbingan perniagaan mengenai model perniagaan, pengurusan kewangan, strategi pemasaran yang inovatif, dasar kerajaan dan banyak lagi.
Standard Chartered akan menyumbang RM200,000 untuk program satu tahun bagi menyokong dan membangunkan 50 usahawan sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 04 2019
Logo halal Malaysia diiktiraf dan diterima baik dengan meluas. - Gambar hiasan
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Industri halal paling mudah bagi PKS raih manfaat - Redzuan
Industri itu mempunyai potensi yang besar dan kementeriannya sedang berusaha untuk menarik penggiat perniagaan halal hiliran ke Malaysia.
Ustaz Kazim sangkal fatwa Al-Qaradawi DNA babi ditransformasi halal digunakan
Ustaz Kazim menolak fatwa yang dikeluarkan oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal digunakan.