Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) perlu menghentikan perbuatan memilih data tertentu demi memenuhi agendanya dan sebaliknya menjadi rakan yang jujur serta bekerjasama dengan AirAsia bagi kepentingan Sabah, kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.
Beliau merujuk kepada satu kenyataan baru-baru ini dengan tajuk 'Malaysia Airports confirms that Sabah air traffic and tourism are growing' (Malaysia Airports sahkan aliran trafik dan pelancongan Sabah semakin meningkat) yang menunjukkan MAHB menyifatkan pertumbuhan negatif Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 2014 dan 2015 sebagai alasan untuk memindahkan AirAsia ke Terminal 1 (T1) KKIA.
"Menerusi tumpuan terhadap dua tahun itu, MAHB boleh menyebabkan orang ramai percaya bahawa jumlah penumpang (di KKIA) mengalami penyusutan sejak sekian lama dan masalah itu hanya dapat diatasi dengan memindahkan AirAsia dari Terminal 2," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
AirAsia beroperasi di T2 mulai pertengahan 2004 sehingga Disember 2015 apabila ia akur untuk berpindah ke T1 kerana ketiadaan kemudahan bagi operasinya pada masa itu, katanya.
Sepanjang tempoh itu, jumlah penumpang KKIA berkembang bagi tahun ke tahun setiap tahun, kecuali pada 2014 dan 2015.
Menurut Riad, penurunan aliran penumpang di KKIA bagi kedua-dua tahun itu tiada kaitan dengan T2 sebaliknya kekurangan pelancong ke Sabah, khususnya dari China yang dirujuk Menteri Pelancongan (ketika itu) dan Persatuan Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia adalah berkaitan dengan kejadian penculikan termasuk dua warga China dalam insiden berasingan pada April dan Mei 2014.
Sejak memulakan operasinya ke Kota Kinabalu, AirAsia telah mengembangkan rangkaiannya di sana kepada 16 laluan setakat ini, termasuk enam laluan unik.
Malah, kata Riad, AirAsia juga dapat meningkatkan bilangan penumpangnya sebanyak 25 peratus setahun sejak 2001.
"Bukan itu saja, kami sudah menurunkan dengan banyak tambang antara Kota Kinabalu dan Semenanjung Malaysia, termasuk ke bandar kecil yang tidak mempunyai perkhidmatan terus sebelum ini," katanya.
Melihat pentingnya Kota Kinabalu kepada AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah itu ingin terus meningkatkan sambungan udaranya dan mempunyai perancangan besar untuk menjadikan KKIA sebagai hab bagi perkhidmatan ke China, Korea Selatan, Jepun dan India serta pusat transit antara Australia dan Asia Utara, kata Riad.
Berdasarkan jangkaan AirAsia, syarikat penerbangan itu dapat meningkatkan saiz kapasitinya di Kota Kinabalu daripada lapan pesawat kepada 45, termasuk 10 Airbus A330, dalam masa 10 tahun akan datang.
"Ini akan menjadikan tiga kali ganda kapasiti pada masa ini dan berupaya mengendalikan perkhidmatan terus ke pasaran utama seperti utara China, Korea Selatan dan Jepun, begitu juga Australia dan India, membolehkan AirAsia mengangkut 18 juta penumpang ke dan dari Kota Kinabalu menjelang 2028.
"Bagaimanapun, kami tidak dapat melakukannya sementara kami terus dikekang dengan asas kos yang lebih tinggi di T1," katanya.
Kerajaan Negeri Sabah sedang menimbang untuk menyiapkan pembinaan lapangan terbang baharu dalam masa beberapa tahun, dan Riad berkata, AirAsia sudah meminta sebuah terminal LCC (penerbangan tambah murah) untuk dipertimbangkan dalam pelan induknya.
"Buat masa ini, T2 boleh diberi nafas baharu untuk kegunaan LCC, yang akan turut menjadikan keadaan T1 lebih selesa setelah semakin pesat mencapai kapasitinya, bagi perkhidmatan penuh syarikat penerbangan," katanya.
AirAsia juga bersedia memperuntukkan sejumlah kos bagi pengubahsuaian T2, "yang enggan diselenggarakan atau dinaik taraf oleh MAHB dalam usaha memindahkan AirAsia ke T1", katanya.
"Ia akan menjadi lebih baik berbanding sebelumnya, dan tiada kos yang akan ditanggung oleh MAHB atau kerajaan negeri. Semuanya yang kami mohon adalah peluang untuk terus mengembangkan Kota Kinabalu berdasarkan potensi sebenar bandar itu dalam memberi manfaat kepada penduduk Sabah, seperti yang sentiasa kami lakukan," katanya.
Dalam kenyataannya itu, AirAsia turut merangkumkan ilham artis yang memaparkan pengubahsuaian T2.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 25 2018
MAHB perlu menghentikan perbuatan memilih data tertentu demi memenuhi agendanya dan sebaliknya menjadi rakan yang jujur serta bekerjasama dengan AirAsia bagi kepentingan Sabah.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
Tumpuan Khamis - 18 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MCMC rakam percakapan Che'gubard, Salim lebih tiga jam
Salim dan Che’gubard yang ditemui di bangunan tersebut memberitahu mereka disiasat atas pertanyaan berkaitan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media sosial baru-baru ini.
Sabah kehilangan pemimpin berpengalaman, luar biasa - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan pemergian Tan Sri Joseph Kurup adalah satu kehilangan pemimpin berpengalaman dan luar biasa bagi negeri Sabah.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.
Tambang tetap penerbangan tambahan tengah malam, Loke hargai AirAsia
Loke juga telah memberikan kemeja-T merah percuma kepada penumpang penerbangan AK9070 ke Sibu, Sarawak pada 7 Feb lepas.
AirAsia lancar kempen 'This Is India', tawar tambang bermula RM329 ke 12 destinasi di India
Pengembara dari India juga boleh membuat tempahan penerbangan untuk mengunjungi Kuala Lumpur dengan tambang bermula INR7,835 termasuk semua sehala.
AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari
AirAsia akan mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari.
AirAsia antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat di dunia bagi 2024
AirlineRatings.com mengumumkan AirAsia Aviation Group, termasuk syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X dan Thai AirAsia X sebagai antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat.