Jack Ma secara rasminya meletak jawatan hari ini.
Pengasas dan pengerusi firma perdagangan elektronik terbesar, Alibaba Group Holding Ltd telah menyatakan hasrat meninggalkan rangkaian syarikat e-dagang gergasi itu sejak setahun lalu.
Ma akan melengkapkan penggalnya dalam lembaga pengarah Alibaba susulan mesyuarat agung tahunan syarikat berkenaan pada 2020.
Beliau melepaskan jawatan ketua eksekutif pada 2013.
Tempatnya sebagai pengerusi akan digantikan oleh Daniel Zhang.
BACA: 'Falsafah 669' Jack Ma cetus kontroversi terbaharu
Zhang, 46, memegang jawatan CEO syarikat itu sejak 2015 selepas berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi.
Ma sebelum ini dilaporkan mahu kembali ke bidang pendidikan sebaik sahaja meninggalkan Alibaba.
Beliau merupakan seorang guru Bahasa Inggeris sebelum menubuhkan Alibaba pada 1999.
Dalam temu bual bersama akhbar The New York Times, Ma memberitahu bahawa persaraannya daripada syarikat tersebut disifatkan sebagai ‘permulaan satu era baharu’ dan bukannya pengakhiran kepada Alibaba.
Menjelang persaraannya, majalah Forbes menyenaraikan Ma merupakan antara rakyat China paling kaya dengan nilai kekayaannya mencecah sehingga AS$36.6 bilion (RM152 bilion).
Ma memulakan perniagaannya selepas berhenti menjadi guru dan beliau melihat terdapat banyak peluang untuk meraih keuntungan menerusi perniagaan secara dalam talian.
Pada mulanya, Ma menjalankan operasi perniagaannya di kediamannya di timur bandar Hangzhou.
Usahawan tersohor itu merupakan graduan Kolej Guru Hangzhou dalam bidang pendidikan Bahasa Inggeris dan pernah menjadi pensyarah di sebuah universiti di bandar berkenaan.
Media China sebelum ini pernah melaporkan tentang kehidupan Ma yang berasal daripada keluarga miskin, selain kejayaannya menguruskan Alibaba menyaksikan medium perniagaan lelong Amerika Syarikat (AS) iaitu eBay terpaksa berundur dari pasaran China pada 2006. – Agensi
Astro Awani
Tue Sep 10 2019
Jack Ma akan melengkapkan penggalnya dalam lembaga pengarah Alibaba susulan mesyuarat agung tahunan syarikat berkenaan pada 2020. -foto BERNAMA
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis
Tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.
MITI sedia pelan induk komprehensif semikonduktor pada Mei - Tengku Zafrul
Majlis Pelaburan Negara gesa agar satu pelan peringkat tertinggi industri semikonduktor diwujudkan, yang disifatkan sebagai industri kritikal serta strategik bagi ekonomi negara.
10 Berita Pilihan - (24 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [24/04/2024] – Penghormatan terakhir | Anak MB direman | Didakwa tujuh pertuduhan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Pegawai Palestin letak harapan tinggi selepas majlis pembukaan ASIAD ke-19 di Hangzhou
Seorang pegawai Palestin berharap ia akan menjadi "peluang keemasan" bagi rakyat Palestin untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan China.
Hangzhou bersedia anjurkan Sukan Asia
China bersedia sepenuhnya untuk penganjuran Sukan Asia yang mencapai standard Olimpik, dari 23 Sept hingga 8 Okt selepas tertangguh setahun susulan pandemik COVID-19.
Skuad berbasikal lebuh raya berpeluang ke Sukan Asia 2023 Hangzhou
Skuad berbasikal lebuh raya lelaki negara yang meraih pingat emas di temasya Sukan SEA Kemboja berpeluang secara automatik menyertai Sukan Asia 2023 Hangzhou, China, September ini.
Sukan Asia ke-19 ditunda ke September 2023
Sukan Asia ke-19 yang dijadualkan berlangsung di Hangzhou, China dari 10 hingga 25 September akan ditunda ke tarikh baharu iaitu dari 23 September hingga 8 Oktober 2023.
Sukan Asia ke-19 ditunda ke tarikh baharu September 2023 - OCA
Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 25 Sept tahun ini telah ditunda ke tarikh baharu iaitu dari 23 Sept hingga 8 Okt 2023.
Kes COVID-19 meningkat mendadak, Sukan Asia Hangzhou 2022 ditunda
Pembatalan berkenaan diumumkan oleh pihak penganjur sukan berkenaan pada Jumaat setelah peningkatan semula wabak berkenaan.
Sukan Asia 2022 tidak ditunda - MOM
Desas-desus mengatakan Sukan Asia 2022 di Hangzhou ditunda ke tahun depan adalah tidak benar, kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria..
COVID-19: Dua lagi kit ujian kendiri dapat kelulusan KKM
Ini menjadikan lima jenis kit ujian kendiri COVID-19 mendapat kelulusan bersyarat daripada MDA pada ketika ini.
Jack Ma letak jawatan sebagai Presiden Hupan University
Tindakan terhadap jutawan itu menyusul operasi besar-besaran kerajaan China terhadap gergasi media sosial itu.
Sukan SEA Vietnam: Atlet senior perlu butir emas
Ini kerana atlet elit negara tiada pilihan selain meletakkan pingat emas sebagai jaminan, sejajar dengan polisi MOM, yang mahu menghantar lebih ramai atlet muda ke temasya itu.