Terdapat tanda-tanda awal pemulihan selepas menjual sebanyak 5,676 kenderaan, meningkat 73.2 peratus berbanding Mac 2020, walaupun perlu mematuhi piawaian prosedur operasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), menurut PROTON Holdings Bhd.
Syarikat automotif kembali memulakan operasi di bawah PKPB dan industri itu di Malaysia mengambil langkah-langkah sementara untuk kembali pulih pada Mei dengan hampir sebulan penuh jualan beroperasi.
"Pada Mei 2020, PROTON telah menjual sebanyak 5,676 kenderaan, dengan pegangan pasaran dianggarkan sebanyak 23.3 peratus. Bagi bulan sama pada 2019, jualan syarikat telah dicatatkan sebanyak 10,611 unit iaitu menunjukkan perbezaan sebanyak 46.5 peratus sekali gus menggambarkan keadaan pasaran yang mencabar akibat penularan COVID-19," menurut PROTON.
Bagaimanapun, 5,676 unit pada Mei merupakan satu peningkatan, katanya dalam kenyataan.
"Perintah PKP dan PKPB yang dikeluarkan merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia dan telah memberi kesan kepada setiap aspek ekonomi negara.
"Industri automotif kini beransur-ansur pulih namun seperti yang dijangkakan, bulan pertama adalah tempoh penyesuaian kerana perlu mengamalkan normal baharu yang melibatkan seluruh aspek operasi syarikat," kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Dr Li Chunrong.
Katanya ia akan memerlukan beberapa bulan lagi untuk mendapatkan ketepatan bacaan keadaan pasaran ekonomi tetapi PROTON yakin akan dapat melihat peningkatan prestasi yang stabil untuk baki tempoh tahun ini.
Jumlah jualan PROTON yang dicatatkan dari awal tahun sehingga kini berkurangan sebanyak 23.3 peratus untuk tempoh lima bulan pertama tahun ini dan bagi Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dianggarkan turut menyusut sebanyak 48.7 peratus dalam tempoh sama.
Dari segi kedudukan pasaran dan pegangan pasaran, PROTON kekal sebagai jenama kedua terlaris di Malaysia dengan jumlah pegangan pasaran setakat ini sebanyak 21.1 peratus, sejajar dengan sasaran yang ditetapkan untuk tahun ini.
Prestasi jualan PROTON pada Mei disebabkan empat model syarikat yang mencatatkan jualan tertinggi dalam segmen pasaran masing-masing, katanya sambil menambah Proton X70 kekal menjadi SUV segmen C terlaris di negara ini dan jumlah kumulatifnya pada tahun ini juga menunjukkan SUV itu yang terlaris secara keseluruhan.
Dikeluarkan melalui kilang baharu di Tanjung Malim, model tersebut telah dinaik taraf pada Mei lepas dengan penambahan penapis kabin N95 iaitu Sistem Pembersih Udara Pintar PROTON (P-IAPS). Penapis baharu tersebut turut ditawarkan kepada pemilik sedia ada Proton X70 untuk menggantikan sistem penapis kenderaan mereka, menurut PROTON.
Syarikat terus mencatat prestasi terbaik apabila Proton Saga turut menjadi model pilihan pembeli di Malaysia pada Mei. Ini adalah pencapaian kali pertama bagi model tersebut dan turut meletakkannya sebagai sedan segmen A paling popular pada bulan lepas.
Selain itu, model Proton lain yang turut mencatat jualan cemerlang ialah Proton Persona yang merupakan model terlaris bagi sedan segmen B manakala Proton Exora kekal menjadi pilihan utama bagi pasaran MPV segmen C.
Katanya PROTON akan menawarkan nilai yang lebih baik pada bulan ini untuk menarik minat pembeli. Pelanggan yang membeli Proton X70 layak untuk menikmati pembiayaan percuma bagi tahun pertama, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 03 2020
Dari segi kedudukan pasaran dan pegangan pasaran, PROTON kekal sebagai jenama kedua terlaris di Malaysia dengan jumlah pegangan pasaran setakat ini sebanyak 21.1 peratus. - Gambar fail
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.