awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah wanita Malaysia pegang peranan penting dalam perniagaan paling kecil di ASEAN

Bernama
Bernama
08/03/2017
04:16 MYT
Jumlah wanita Malaysia pegang peranan penting dalam perniagaan paling kecil di ASEAN
34 peratus daripada perniagaan di negara ini tidak langsung mempunyai wanita di peringkat pengurusan kanan berbanding 31 peratus sebelum ini. - Foto: iStock
Malaysia mempunyai bilangan terendah dari segi jawatan kanan yang dipegang wanita dalam sektor perniagaan di ASEAN, demikian menurut laporan terbaharu oleh Grant Thornton.
Laporan Perniagaan Antarabangsa (IBR) 2017, satu tinjauan yang dijalankan antara Oktober-Disember 2016, mendapati hanya 24 peratus daripada jawatan kanan dalam perniagaan di Malaysia dipegang oleh wanita, turun berbanding 26 peratus yang dicatatkan pada IBR 2016.
Menurut laporan itu, 34 peratus daripada perniagaan di negara ini tidak langsung mempunyai wanita di peringkat pengurusan kanan berbanding 31 peratus sebelum ini.
Tinjauan tahunan itu mendapati Indonesia mempunyai kadar tertinggi jawatan kanan perniagaan yang dipegang oleh wanita (46 peratus) diikuti Filipina (40 peratus), Thailand (31 peratus) dan Singapura (30 peratus).
Rakan Pengurusan Negara Grant Thornton Malaysia Datuk NK Jasani berkata walaupun perniagaan di seluruh ASEAN mencatatkan peningkatan jumlah jawatan kanan dipegang wanita, Malaysia masih ketinggalan.
"Ini mencetuskan kebimbangan bagi pertumbuhan perniagaan kerana ia menunjukkan kita tidak memaksimumkan potensi yang ada.
"Kepelbagaian merupakan kunci kepada kejayaan mereka dan mereka yang masih berfikiran tertutup meletakkan diri mereka pada risiko akibat tidak memanfaatkan potensi penuh selain hilang akses kepada pemikiran yang pelbagai," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#bisnes
#Malaysia
#perniagaan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan