Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) amat bergantung pada keadaan ekonomi global dan prestasi pasaran kewangan, kata pemerhati pasaran.
Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menyifatkan kadar dividen 5.45 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 5.0 peratus ke atas Simpanan Shariah bagi 2019 adalah pulangan yang baik setelah mengambil kira persekitaran ekonomi global yang tidak begitu menentu.
"Kita perlu realistik dalam menjangkakan kadar dividen bagi 2020.
"Tahun lepas, dasar perlindungan perdagangan dilaksanakan ketara khususnya antara Amerika Syarikat dengan China, serta dalam bidang kuasa lain seperti Eropah, Jepun dan Korea Selatan. Ketidaktentuan berkaitan Brexit juga mendorong pelabur berhati-hati seiring dengan prestasi tidak menentu yang dialami pasaran komoditi," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pendedahan luas kepada pasaran pendapatan tetap akan memastikan KWSP mencatatkan aliran pendapatan di samping membolehkan potensi peningkatan kerana persekitaran kadar faedah lebih rendah boleh mendorong keuntungan modal memandangkan kadar faedah dan harga bon berkait secara songsang.
Instrumen pendapatan tetap mewakili 49 peratus jumlah aset keseluruhan KWSP, manakala peruntukan sebanyak 39 peratus dalam ekuiti akan memastikan dana persaraan itu meraih untung sekiranya ekuiti meningkat apabila ekonomi kembali pulih.
Dari segi lokasi geografi, pelaburan luar negara meliputi 30 peratus daripada aset keseluruhan dan menyumbang 42 peratus kepada pendapatan keseluruhan.
"Kesimpulannya, portfolio KWSP amat pelbagai, justeru, ia dijangka dapat bertahan menghadapi ketidaktentuan ekonomi global," katanya.
Sementara itu, Pengurus Penyelidikan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Lau Zheng Zhou berkata 2020 akan menjadi satu lagi tempoh mencabar seperti 2019 disebabkan kekurangan penggerak pertumbuhan ekonomi, seperti ditunjukkan menerusi penurunan pelaburan swasta dan awam yang berterusan.
Beliau berkata keyakinan pelabur, khususnya asing, turut akan kekal lemah disebabkan situasi domestik
"Kita baru sahaja memasuki 2020 apabila COVID-19 berlaku, dan kita masih tidak pasti sebesar mana kesannya namun memandangkan KWSP lebih kepada portfolio konservatif, ia sewajarnya dapat menjana pulangan yang baik," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata KWSP telah menjelaskan bahawa ia perlu meningkatkan pendedahan di luar negara.
"KWSP dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) lain yang berasaskan simpanan perlu diberi lebih banyak peluang melabur di luar negara bagi kepelbagaian serta peluang dalam pasaran pesat membangun dan firma yang pantas berkembang.
"GLIC turut melabur dalam banyak syarikat yang sama, sekali gus itu meningkat (isu) risiko penumpuan. Jadi, baik juga untuk melaksanakan kepelbagaian luar dari pasaran domestik," katanya.
Pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Tan Sri Dr Kamal Salih berkata di tengah-tengah persekitaran ekonomi yang sukar, sentimen pasaran dan prestasi kewangan korporat turut terjejas, manakala pengurus institusi kewangan seperti KWSP tidak dapat bertindak secara lebih positif dari segi pengumuman dividen.
"Kita perlu berhati-hati, dan buat masa ini, pelabur asing akan terus menunggu penyelesaian kemungkinan pengaturan semula landskap politik negara," katanya.
Melangkah maju, kajian MIER mendapati kesan susulan COVID-19 ke atas ekonomi Malaysia masih kecil, terutama melibatkan sektor pelancongan dan pembuatan berorientasikan eksport.
"Ia boleh menjadi bertambah buruk dan menjejaskan pelancongan, namun kerajaan menguruskan situasi melibatkan COVID-19 dengan baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 24 2020
Ketidaktentuan berkaitan Brexit juga mendorong pelabur berhati-hati seiring dengan prestasi tidak menentu yang dialami pasaran komoditi. - Gambar fail
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Bank Islam berjaya kurangkan impak OPR pada 2023
Bank Islam Malaysia Bhd berjaya mengurangkan impak OPR yang tidak berubah seterusnya membawa kepada NIM yang bertambah baik pada tahun lepas.
Bank Rakyat catat keuntungan RM1.76 bilion bagi tahun kewangan 2023
Kumpulan Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBTZ) lebih tinggi sebanyak RM1.76 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.
Bank Islam menjangkakan KDNK Malaysia bagi S3 berkembang 3.2 peratus
Bank Islam menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga 2023 (S3 TK2023).
Bank Islam lancar Kad Debit-i Visa Be U
Kad Debit-i Visa Be U menyediakan transaksi yang cepat, selamat dan tanpa sentuhan di mana-mana pedagang Visa di seluruh dunia.
Bank Islam umum pelantikan baharu Lembaga Pengarah dan Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah
Pelantikan baharu akan mengukuhkan lagi Komposisi Lembaga Pengarah Kumpulan menjelang ulang tahun Bank Islam ke-40 tahun ini.
Bank Islam tawar moratorium hingga enam bulan kepada mangsa banjir
Bagaimanapun, permohonan penangguhan bayaran ansuran bulanan itu tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan.
Keuntungan bersih Bank Islam diseret oleh perbelanjaan cukai yang tinggi
Keuntungan sebelum zakat dan cukai meningkat 6.1 peratus kepada RM746.87 juta, disumbangkan oleh pendapatan bersih yang lebih tinggi.
KDNK Malaysia dijangka catat pertumbuhan tertinggi di ASEAN - Firma penyelidikan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan mencecah 8.4 peratus bagi tahun kewangan 2022 berbanding 3.1 peratus pada 2021.
OPR dijangka naik 25 mata asas esok, 25 mata pada Mac - Bank Islam
Ia menjadikan kadar terminal baharu adalah pada 3.25 peratus.
Bank Islam catat untung bersih suku ketiga lebih tinggi kepada RM142.86 juta
Pendapatan bersih kumpulan BIMB turut meningkat sebanyak RM111.2 juta atau 22.2 peratus.