Tutup

Berita  | Bisnes

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil
Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM31.9 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM14.5 bilion. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan dana daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan berjumlah RM39.851 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.676 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan tender pasaran wang lelongan matang pelbagai (RMA) bernilai RM8 bilion bagi dua hingga 31 hari dan dua tender Qard terdiri daripada RM1.4 bilion bagi tujuh hari dan RM1.7 bilion bagi 14 hari.

Ia juga menawarkan tender repo berbalik berjumlah RM990 juta bagi 31 hari.
Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM31.9 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM14.5 bilion.

-- BERNAMA