awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit kukuh berbanding dolar AS berikutan daya tahan ekonomi
WEF2026: Dialog, adab, bukti elemen penting tangani manipulasi maklumat – Jemilah Mahmood
Mahkamah Korea Selatan bebaskan lelaki dihukum mati 50 tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kami ambil serius integriti, ketelusan tender penganjuran APEC 2020' - MITI

Astro Awani
Astro Awani
09/12/2019
09:49 MYT
'Kami ambil serius integriti, ketelusan tender penganjuran APEC 2020' - MITI
Menurut MITI, petender-petender disarankan untuk sentiasa merujuk laman sesawang MITI dan sistem e-Perolehan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai tender dan sebutharga yang akan diiklankan oleh MITI bagi penganjuran APEC 2020. - Foto Astro AWAN
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengambil secara serius tahap integriti dan ketelusan tatacara tender sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 2020 (APEC 2020).
Mulai 2019, Sekretariat Kebangsaan APEC 2020 di bawah naungan MITI telah mengeluarkan beberapa iklan tender dan sebutharga bagi mendapatkan perkhidmatan pembekalan barang-barang dan juga perkhidmatan sebagai persiapan penganjuran dan akan berterusan mengikut keperluan penganjuran APEC 2020.
“Sekretariat Kebangsaan APEC 2020 sebagai badan yang ditubuhkan di bawah MITI adalah tertakluk kepada tatacara perolehan kewangan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dan memastikan tiada sebarang salah laku di dalam proses ini,” menurut MITI, dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Malah menurut MITI, sepanjang tahun 2020, Kementerian itu akan mengeluarkan beberapa lagi iklan tender dan sebut harga mendapatkan perkhidmatan dan pembekalan bagi kegunaan penganjuran APEC 2020.
"MITI ingin mengingatkan petender supaya mematuhi segala syarat dan undang-undang yang ditetapkan di dalam membuat penawaran kerja bagi mengelakkan sebarang isu integriti kepada pihak MITI dan juga petender.
“MITI sentiasa memastikan segala proses perolehan dijalankan mengikut tatacara kewangan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan yang memastikan penganugerahan tender dan sebut harga perkhidmatan dan pembekalan adalah secara telus dan penuh integriti dan menyarankan agar petender yang bakal menyertai tawaran iklan juga mengutamakan budaya berintegriti tinggi,” tegas MITI.
Merujuk laporan media mengenai salah laku penganugerahan tender Pengurusan Komunikasi dan Penjenamaan bagi Penganjuran APEC 2020, MITI menegaskan proses pelantikan syarikat adalah mengikut tatacara perolehan tender terbuka dan mengikut Peraturan Kewangan sepenuhnya (above board).
“Sekiranya ada sebarang aduan mengenai ketidakpatuhan kepada Peraturan dalam sebarang proses Perolehan Kerajaan, pihak MITI menyarankan agar laporan segera dibuat kepada pihak berkuasa agar tindakan lanjut dapat dilaksanakan," tambah MITI.
MITI turut menzahirkan ketelusan integriti Kementeriaan berkenaan dengan menaruh kepercayaan penuh kepada proses perundangan negara dan mengambil serius perkara ini.
“Sebarang aduan salah laku mengenai tatacara perolehan yang disyaki dilakukan oleh pegawai MITI dan juga oleh petender akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan dan tindakan yang sewajarnya."
Menurut MITI, petender-petender disarankan untuk sentiasa merujuk laman sesawang MITI dan sistem e-Perolehan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai tender dan sebutharga yang akan diiklankan oleh MITI bagi penganjuran APEC 2020.
MITI turut menyuarakan komitmen dalam menyokong Pelan Anti Rasuah Nasional yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan berharap agar semua pihak akan memberikan kerjasama penuh agar tatacara perolehan dana Kerajaan Malaysia di dalam penganjuran APEC 2020 dijalankan secara amanah, telus dan integriti bagi memastikan penganjuran ini sukses dan berjalan lancar.
Topic Berkaitan
#Amanah
#APEC 2020
#integriti
#Kementerian Kewangan
#Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#Mahathir Mohamad
#menteri
#MITI
#MyAPEC2020
#petender
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan