awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kata Guan Eng, lima jenama kereta ini turun harga selepas SST

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/09/2018
09:47 MYT
Kata Guan Eng, lima jenama kereta ini turun harga selepas SST
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika mengumumkan perkara itu berkata lima jenama kenderaan tersebut terdiri daripada model Perodua, Honda, Toyota, BMW, dan Volkswagen. - Gambar hiasan
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan sekurang-kurangnya lima jenama kenderaan menyaksikan penurunan harga antara RM2,000 hingga RM3,000 selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Menurut Guan Eng, lima jenama kenderaan itu termasuklah bagi model Perodua, Honda, Toyota, BMW dan Volkswagen.
Jelas beliau, penurunan harga kenderaan itu adalah selari dengan hasrat kerajaan baharu untuk menjamin kesejahteraan rakyat berikutan pelaksanaan SST.
"Saya telah memperoleh maklumat bahawa ada beberapa jenis kereta yang harganya jika dibandingkan dengan (ketika dilaksanakan) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah lebih rendah.
"Ini kerana kita tidak kutip begitu banyak berbanding GST, harga barangan boleh lebih kurang dan ia juga dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Lim berkata bagi harga sebuah kereta Proton Axia harga yang dikenakan selepas pelaksanaan SST adalah RM40,390 berbanding RM41,497 iaitu penurunan sebanyak RM1,107 semasa dikenakan cukai GST.
"Bagi kereta Myvi 1.5 harga kini adalah RM54,090 berbanding RM55,300, Honda Jazz 1.5 berharga RM83,633 (sebelumnya RM85,750), Toyota Vios RM93,200 berbanding dahulu RM93,980 manakala kereta jenis Volkswagen Polo hanya RM74,900 berbanding harga semasa dikenakan GST iaitu RM76,888," katanya.
Selain itu, Lim berkata jenama BMW 118i turut menyaksikan penurunan harga sebanyak RM3,000 iaitu RM185,800 dari RM188,800 sebelum ini.
Sebelum ini, syarikat pengeluar kereta, Perodua mengeluarkan kenyataan berhubung penurunan harga bagi model tertentu keluarannya antara 1 hingga 3 peratus susulan perlaksanaan SST.
Berikutan itu, bermula 1 September lalu, Perodua telah mengeluarkan senarai harga baharu untuk semua kenderaannya, antara 1 hingga 3 peratus lebih rendah berbanding 6 peratus dibawah GST.
Turut mengumumkan penurunan harga kenderaan ialah Honda Malaysia yang bertindak menyelaraskan harga model kenderaan dan perkhidmatannya selepas jualan.
Topic Berkaitan
#BMW
#cukai
#cukai jualan
#GST
#Honda
#kerajaan
#kereta
#Lim Guan Eng
#model
#Myvi
#Perodua
#Proton
#SST
#Toyota
#Volkswagen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan