awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan OPR tidak bebankan pengguna - Najib PM

Bernama
Bernama
25/01/2018
13:08 MYT
Kenaikan OPR tidak bebankan pengguna - Najib PM
Kali terakhir BNM mengubah kadar utamanya pada Julai 2016 apabila ia mengurangkan 25 mata asas.
Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus tidak akan membebankan pengguna, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Perdana Menteri, ini berikutan kadar kenaikan OPR itu membabitkan jumlah yang kecil.
"Langkah itu sebaliknya memberi kesan positif untuk mereka termasuk yang menabung. Mereka akan mendapat faedah yang lebih tinggi di atas tabungan berkenaan," katanya pada sidang media bersama pemberita Malaysia di sini, hari ini.
Najib yang tiba di sini pada Rabu, kini dalam rangka lawatan kerja dua hari ke di ibu negara India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India bersempena ulang tahun ke-25 dialog ASEAN-India.
Beliau mengulas keputusan BNM pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini untuk menaikkan kadar OPR bagi mengembalikan dasar monetari ke paras yang wajar dengan ekonomi negara berada pada landasan pertumbuhan yang menggalakkan.
Kali terakhir BNM mengubah kadar utamanya pada Julai 2016 apabila ia mengurangkan 25 mata asas.
Mengulas lanjut, Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, keputusan BNM itu dibuat berasaskan kepada kekuatan ekonomi negara yang semakin kukuh selain berpendapat sudah sampai masanya tindakan diambil bagi menstabilkan semula kadar faedah yang rendah di Malaysia.
"Kenaikan OPR ini akan memulihkan keadaan yang mana selepas enam suku, ia dikembalikan kepada kadar sebelum ini.
"Ini juga bagi mengelak kita meneruskan rejim kadar faedah yang rendah dan boleh membawa risiko besar ke atas negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#ekonomi
#kadar dasar semalaman
#Malaysia
#Najib Razak
#OPR
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan