Berikut adalah kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berhubung status pelaburan di negeri Kelantan yang dikeluarkan hari ini.

1. YBM MITI Dato' Sri Mustapa Mohamed sewaktu sidang media selepas Majlis Memeterai Perjanjian Usahasama Pelaburan di antara Ain Medicare Sdn Bhd dan A-Bio di Kota Bharu, Kelantan pada hari ini menjelaskan bahawa pada Januari-September 2017 Kelantan menerima RM4.2 juta pelaburan diluluskan, antara yang terendah di Malaysia.

2. YBM MITI tidak pernah menyebut bahawa Kelantan tidak menerima sebarang pelaburan asing untuk tiga tahun berturut-turut.

3. Salah faham ini mungkin berpunca dari data yang dikongsikan oleh pihak MITI Kelantan selepas acara tersebut di mana rekod MIDA menunjukkan bahawa meskipun ada pelaburan diluluskan tetapi tidak ada pelaburan yang dilaksanakan pada tiga tahun tersebut. Data ini tidak diperjelaskan secara terperinci dan mungkin mengundang salah faham.

4. Kami memohon maaf di atas segala salah faham yang timbul dan berharap pindaan sewajarnya dapat dilakukan, terima kasih.

BACA LAPORAN: RM3.1 bilion nilai pelaburan dicatatkan di Kelantan sejak 2013