awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penutupan penuh pusingan-U di KM9.5 kedua-dua arah Besraya mulai esok
Penduduk asing merangkumi 9.5 peratus golongan 20-an di Jepun
KPM tumpu dua fokus utama pada sesi persekolahan 2026 - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan lanjut moratorium diketahui dalam masa terdekat

Hakim Rahman
Hakim Rahman
27/07/2020
04:28 MYT
Keputusan lanjut moratorium diketahui dalam masa terdekat
Keputusan untuk melanjutkan tempoh moratorium atau tidak akan dimaklumkan dalam masa terdekat ini. - Astro AWANI.
Institusi perbankan menyatakan komitmen mereka bagi membantu meringankan beban aliran tunai rakyat dengan melanjutkan tempoh moratorium yang bakal berakhir September ini .
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata pihaknya sedang berbincang dengan sektor perbankan dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membincangkan kemungkinan lanjutan moratorium.
"Saya ingin menyatakan bahawa dalam perbincangan yang sedang diadakan sekarang bersama dengan BNM dan sektor perbankan mengenai hala tuju ke hadapan, mereka telah memberi komitmen untuk terus membantu rakyat yang memerlukan bantuan dalam tempoh mencabar ini.
"Insyallah, keputusan (melanjutkan tempoh moratorium) akan dimaklumkan dalam masa terdekat ini," katanya bagi menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) sama ada tempoh moratorium akan dilanjutkan hingga enam bulan lagi.
Sehingga 20 Julai lalu, nilai moratorium yang diberikan ialah sebanyak RM59 bilion, sekali gus memberi manfaat buat 7.7 juta rakyat Malaysia atau 93 peratus daripada peminjam individu.
Tambah Tengku Zafrul, Malaysia ialah satu-satunya negara yang melaksanakan moratorium secara automatik selama enam bulan demi manfaat kepada rakyat dan perniagaan di negara ini.
"Dalam kalangan negara yang memperkenalkan moratorium ini, Malaysia ialah satu-satunya negara terawal yang melaksanakan moratorium secara automatik dan hanya Malaysia yang membuat moratorium selama enam bulan.
"Saya yakin moratorium ini dapat membantu rakyat dan perniagaan dalam mengharungi tempoh mencabar disebabkan COVID-19 ini, " katanya
Topic Berkaitan
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#COVID-19
#ekonomi
#Kementerian Kewangan
#Moratorium
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan