awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan henti beri perlindungan kepada Proton - MITI

Nurulhana Ismail
Nurulhana Ismail
01/04/2016
10:41 MYT
Kerajaan akan henti beri perlindungan kepada Proton - MITI
Model perniagaan sedia ada Proton tidak mampan dan kerajaan akan menimbang sebelum lebih banyak bantuan diberikan.
Model perniagaan sedia ada Proton tidak mampan dan kerajaan akan menimbang sebelum lebih banyak bantuan diberikan.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, sehingga kini lebih RM13 bilion bantuan telah diberikan kepada Proton sejak 1983.
Tambahnya, perlindungan yang selama ini diberikan kepada Proton, harus dihentikan.
Dalam satu kenyataan, Datuk Seri Mustapa menambah, penguasaan pasaran Proton menurun dari tahap tertinggi 74 peratus pada 1983 ke 15 peratus ketika ini dan Proton tidak mempunyai pasaran yang luas.
Beliau menegaskan, untuk kerajaan terus membantu Proton, empat syarat harus dipenuhi.
Ini termasuk mencari rakan asing strategik baru dan pengurusan syarikat yang lebih baik.
Tambahnya syarat lain termasuk tiada campur tangan dalam perniagaan.
Beliau menegaskan, syarat-syarat lain yang ketat juga akan dikenakan untuk kelangsungan Proton pada jangka masa panjang.
Tambahnya, dengan situasi harga minyak yang rendah, kerajaan tidak mampu untuk meneruskan bantuan kepada Proton.
Beliau turut dimaklumkan bahawa terdapat tindakan yang tidak profesional dalam membuat keputusan di Proton.
Susulan itu, beliau ingin Proton turut kumpulan pengurusan yang lebih sesuai.
Kenyataan ini dibuat susulan perbincangan antara MITI dan kumpulan pemimpin tertinggi Proton dalam enam bulan lepas tentang masa depan syarikat.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mustapa Mohamed
#Proton. MITI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan