awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan satukan data mengenai sektor keusahawanan

Bernama
Bernama
19/07/2019
12:32 MYT
Kerajaan satukan data mengenai sektor keusahawanan
Mohd Redzuan berkata, dengan menyatukan semua data mengenai sektor keusahawanan yang terdapat di seluruh kementerian, lebih tumpuan akan dapat diberikan. - Gambar fail
Kerajaan sedang menyatukan data mengenai sektor keusahawanan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada industri itu.
Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada pelan tindakan Dasar Keusahawanan Negara 2030.
Pada masa ini, terdapat 14 kementerian dan 60 agensi kerajaan dengan segmen keusahawanan.
"Data mengenai sektor itu terdapat di seluruh kementerian dan dengan menyatukannya, kita akan dapat memberi lebih tumpuan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hatchery Zone di Pameran Runcit dan Francais Antarabangsa Malaysia (MIRF) di sini hari ini.
Ketua Setiausaha kementerian Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata penyatuan data industri akan turut membantu kerajaan dalam merancang membangunkan sektor keusahawanan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025).
Hatchery Zone merupakan inisiatif perdagangan inkubator untuk syarikat pemula niaga oleh Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) yang bertujuan membantu membangunkan perniagaan runcit baharu.
Ia menyediakan saluran kepada syarikat pemula niaga untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pasaran.
Presiden MRCA Datuk Seri Garry Chua berkata beliau berharap inisiatif itu akan dapat membantu pertumbuhan dan pembangunan industri runcit dan francais.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dasar Keusahawanan Negara 2030
#data
#Garry Chua
#Hatchery Zone
#industri
#kerajaan
#Mohd Redzuan Yusof
#Pelan Tindakan
#pembangunan sektor keusahawanan
#penyatuan data
#perniagaan runcit
#RMK12
#syarikat pemula niaga
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan