Keputusan membabitkan rancangan pembelian aset komersial dalam pembangunan Fasa 2 Battersea Power Station adalan dibuat secara bebas tanpa membabitkan sebarang campur tangan kerajaan.
Menurut kenyataan bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini, keputusan bagi meninjau potensi penyusunan semula pemilikan itu merupakan satu pertimbangan pelaburan semata-mata yang dimulakan oleh pihak Lembaga Pengarah dan pengurusan BPS (Battersea Power Station) beserta kedua-dua dana itu tanpa campur tangan daripada pihak kerajaan.
"(Pihak) KWSP dan PNB mengesahkan telah menandatangani Perjanjian Dasar Induk (HoT) dengan Battersea Phase 2 Holding Co Ltd untuk memulakan rundingan awal bagi pembelian aset-aset komersial dalam Fasa 2 dengan jumlah dipertimbangkan kira-kira £1.61 bilion (RM8.76 bilion).
"Bagaimanapun, HoT itu adalah perjanjian yang tidak terikat dan terma itu tertakluk kepada rundingan dan usaha wajar selanjutnya," kata kenyataan itu.
BACA: KWSP, PNB rancang beli aset Fasa 2 Battersea dengan harga RM8.8 bilion
Untuk rekod, KWSP adalah sebahagian daripada konsortium pemaju merangkumi SP Setia dan Sime Darby Property dalam pembangunan Battersea Power Station yang bermula pada 2012 dengan keseluruhan meliputi Fasa 1 hingga Fasa 7.
KWSP memiliki 20 peratus dalam pembangunan Battersea Power Station dan langkah penyusunan semula itu tidak akan melibatkan pegangan saham KWSP dalam kemajuan keseluruhan projek itu.
PNB pula memegang pegangan majoriti dalam SP Setia dan Sime Darby Property yang memiliki bersama 80 peratus ekuiti dalam pembangunan Battersea Power Station.
Fasa 1 projek itu yang kebanyakannya terdiri daripada unit kediaman, telah pun siap dengan 100 peratus kadar pembelian dan berjaya diserahkan kepada pembeli kediaman dalam suku akhir 2017 manakala komponen kediaman Fasa 2 hampir 100 peratus dibeli.
Pelaburan modal awal dalam projek itu oleh konsortium pemaju juga telah dilabur semula untuk membangunkan fasa-fasa seterusnya.
Menurut kenyataan itu, KWSP dan PNB kini menimbang untuk membeli pemilikan dalam Fasa 2 projek tersebut yang dikenali sebagai bangunan The Power Station - merupakan projek utama dengan kebanyakannya terdiri daripada ruang runcit dan pejabat.
"KWSP dan PNB melihat ini sebagai peluang strategik untuk mendapatkan pemilikan aset hartanah unik dan ikonik di bandar raya global, yang bakal menyediakan arus pendapatan kukuh pada masa depan bagi memenuhi keperluan pendapatan mereka masing-masing," kata kenyataan itu.
Fasa 2 projek tersebut dijangka selesai pada lewat 2020 dan juga telah disewakan lebih awal kepada penyewa utama seperti Apple, satu daripada syarikat teknologi utama dunia bagi kawasan sewaan seluas 500,000 kaki persegi.
"Ini petanda yang baik untuk pelabur berpotensi, memandangkan ia dilihat sebagai pendahulu kepada masa depan pembangunan Battersea Power Station," kata kenyataan itu.
Harga belian, yang masih tertakluk kepada usaha wajar selanjutnya, telah disusun berdasarkan asas disiapkan dan disewakan untuk memberi hasil jangka panjang yang menarik kepada pelabur.
"Seiring dengan program kepelbagaiannya sejak beberapa tahun ini, KWSP giat meningkatkan asethartanah dan infrastruktur di peringkat domestik dan luar negara untuk meraih pendapatan mampan jangka panjang bagi manfaat anggotanya," kata kenyataan itu.
Transaksi yang dicadangkan itu juga seiring dengan Pelan STRIVE-15 Strategik PNB yang menekankan strategi jangka panjang pempelbagaian portfolio dan pengembangan bijak ke dalam aset global.
"KWSP dan PNB komited dan berpegang teguh untuk mendukung kepercayaan anggota dan pemegang unit kedua-dua institusi ini serta rakyat Malaysia dan sebarang kesimpulan yang merujuk keputusan pelaburan itu dibuat atas sebarang alasan selain daripada manfaat rakyat, adalah tidak benar sama sekali dan berniat jahat," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2018
KWSP adalah sebahagian daripada konsortium pemaju merangkumi SP Setia dan Sime Darby Property dalam pembangunan Battersea Power Station yang bermula pada 2012 dengan keseluruhan meliputi Fasa 1 hingga Fasa 7. - Gambar fail
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
AWANI Tonight: UN Human Rights calls for independent investigation on Gaza mass graves
The UN Human Rights calls for an independent and transparent investigation into the mass graves found in and around hospitals in Gaza, including the Nasser Hospital.
AWANI Tonight: The US Senate approves bill to ban TikTok
The US Senate has approved a controversial landmark bill that could see TikTok banned in America, with President Joe Biden saying he would sign it into law as soon as it reaches his desk.
CEO Kumpulan MARACorp digantung tugas?
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation (MARACorp) Datuk Badlisyah Abdul Ghani dilaporkan digantung tugas.
Kerajaan tidak campur tangan dalam rancangan beli aset Fasa 2 Battersea
Keputusan bagi meninjau potensi penyusunan semula pemilikan itu merupakan satu pertimbangan pelaburan semata-mata yang dimulakan oleh pihak Lembaga Pengarah dan pengurusan BPS.
KWSP, PNB rancang beli aset Fasa 2 Battersea dengan harga RM8.8 bilion
Kedua-dua dana itu memeterai Perjanjian Dasar Induk dengan Battersea Phase 2 Holding Company untuk menimbang dengan teliti terma-terma jualan berpotensi.