Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Bisnes

Kerajaan tubuh zon perindustrian industri automotif

Kerajaan tubuh zon perindustrian industri automotif
Cadangan buat masa sekarang adalah Pelabuhan Klang - zon industri khusus ini akan merangsang aktiviti termasuk pengkitaran dan pembuatan semula untuk industri. - Gambar hiasan/freepik.com
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang berusaha mewujudkan zon perindustrian khusus untuk amalan perniagaan pusingan ekonomi bagi industri automotif.

Ketua Pegawai Eksekutif Institiut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARII) Datuk Madani Sahari berkata cadangan buat masa sekarang adalah Pelabuhan Klang - zon industri khusus ini akan merangsang aktiviti termasuk pengkitaran dan pembuatan semula untuk industri.
"Sebagai contoh, bateri hibrid (untuk kenderaan), anda perlu mengitar semula mereka tetapi kita tidak mempunyai keupayaan untuk mengitar semula di sini, malahan, bateri hibrid Volvo, terpaksa dihantar kembali ke Sweden bagi tujuan proses kitar semula.

"Untuk mengelakkan pembaziran logistik, kami merancang membuat kitaran semula di Malaysia, tetapi bagi tujuan ini, kita memerlukan zon dan standard yang betul," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Dasar Automotif Kebangsaan 2020 (NAP 2020) pada Jumaat.
Sebagai sebahagian daripada zon perindustrian yang dihasratkan, Madani juga berharap agar dibina fasiliti untuk menguji kereta tempatan terpakai sebelum dieksport ke pasaran luar negara.

"Kami berharap lokasi ini akan dimuktamadkan dalam tempoh 12 bulan akan datang, yang dijangka mempunyai sekurang-kurangnya 40.46 hektar tanah.

"Kami masih belum mengenal pasti pelabur untuk zon industri buat masa sekarang," tambah beliau lagi.

-- BERNAMA


Tag: automotif, malaysia, ekonomi, zon perindustrian khusus, pelabuhan klang, MARII, madani shari



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.