Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerajui kajian menyeluruh industri dengan pelbagai agensi dalam usaha mewujudkan Kertas Putih Minyak, Gas, Tenaga dan Alam Sekitar bagi Landskap Tenaga Masa Depan Malaysia.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kajian tersebut menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi negara berkarbon rendah dengan pelan induk dasar tenaga yang akan mempergiat usaha ke arah mencapai aku janji negara bagi Perjanjian Paris.
"Petronas dan pelbagai agensi itu seharusnya diberikan pujian atas tanggungjawab menjalankan kajian ini. Petronas, sebagai antara pembekal gas asli cecair (LNG) utama di dunia, bersedia untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat di samping menyokong gas sebagai sumber penting tenaga bersih," katanya semasa menyampaikan ucap tama di Persidangan Minyak dan Gas Asia (AOGC) 2019 di sini, hari ini.
Beliau berkata, gas asli banyak terdapat di banyak lokasi, selain bersifat mesra alam dan kompetitif dari segi ekonomi.
"Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor, yang merupakan pelaburan hiliran minyak dan gas terbesar di Malaysia, akan memperkukuh kedudukan Petronas sebagai penggiat utama dalam pasaran kimia Asia apabila ia mula beroperasi," katanya.
Dr Mahathir berkata Petronas juga melaksanakan langkah penting dengan meneroka tenaga boleh diperbaharu.
"Usaha teroka Petronas ke dalam sektor tenaga baharu ini baru sahaja bermula. Saya turut gembira mengetahui Petronas melaksanakan beberapa inisiatif tenaga bersih di Malaysia.
"Antaranya kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara untuk bersama-sama membangunkan projek Solar Berskala Besar," katanya.
Dr Mahathir yakin Malaysia akan tumpuan dalam memacu kerjasama yang melangkaui perkongsian minyak dan gas tradisional untuk melibatkan sektor penyelesaian tenaga inovatif.
AOGC 2019 selama dua hari bertema 'Forging A New Energy Future' (Membentuk Masa Depan Tenaga Baharu) akan berakhir esok.
Bernama
Mon Jun 24 2019
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melawat ruang pameran semasa hadir pada Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-20 (AOGC 2019) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. - fotoBERNAMA
Industri gergasi sudah bersedia, tugas KPT sediakan bakat
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi berpendapat industri sudah bersedia dengan integrasi kecerdasan buatan, dan tanggungjawab KPT untuk menyediakan bakal bakat muda.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi - PM
Akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Pembangunan bakat AI perlu dimulakan dengan galakan STEM sekolah
Prof Dr Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan berpandangan pembangunan bakat AI perlu dimulakan dengan galakan STEM di peringkat sekolah.
Bella Astillah sebak dengar janji Ayden sempena Hari Ibu
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja mendengar ucapan anak sulungnya, Ayden Adrian sempena Hari Ibu.
PM lancar Malaysia Artificial Intelligence Nexus
'Teknik kurangkan berat badan seterusnya ialah dengan bakar lapisan perut'
Terkini teknik ablasi mukosa endoskopik telah digunakan oleh sekumpulan penyelidik untuk mengurangkan berat badan.
Bina ekosistem AI, segera rencana pendekatan pendidikan - PM
Tenaga pengajar dan para profesor disaran berinteraksi bagi meningkatkan mutu kemahiran dalam sistem pendidikan.
Al-Nassr tangguh pertabalan kejuaraan Al-Hilal
Marcelo Brozovic menjaringkan dua gol ketika Al-Nassr mengatasi Al-Akhdoud 3-2 untuk melengahkan pertabalan kejuaraan Liga Pro Saudi Al-Hilal.
Pantau Belanjawan: Pelaburan Digital | Cipta 39,231 pekerjaan, lonjakan ekonomi digital
Pelaburan digital telah menyediakan peluang sebanyak 39, 231 pekerjaan di Malaysia antara 2021-2023. Bagaimana pelaburan ini dapat melonjakkan ekosistem digital Malaysia?
Kupasan bersama Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Mohamad Sirajuddin Jalil.
Kupasan bersama Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Mohamad Sirajuddin Jalil.
Permintaan meningkat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih positif apabila diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
OIC digesa tumpu noktahkan kemiskinan, pembangunan sosioekonomi saksama - Mohamad
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu beri tumpuan kepada usaha menoktahkan kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi demi mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.