awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keuntungan sebelum cukai AirAsia naik kepada RM486.03 juta

Bernama
Bernama
29/11/2017
12:05 MYT
Keuntungan sebelum cukai AirAsia naik kepada RM486.03 juta
AirAsia berkata kumpulan itu meramalkan pencapaian faktor beban purata sebanyak 87 peratus pada suku keempat tahun 2017 berdasarkan kepada trend tempahan awal sekarang ini. - Gambar hiasan
Keuntungan sebelum cukai AirAsia Bhd naik kepada RM486.03 juta untuk suku ketiga berakhir 30 Sept 2017 daripada RM473.67 juta yang direkodkan dalam suku yang sama tahun sebelum ini.
Pendapatan menokok kepada RM2.45 bilion daripada RM1.69 bilion, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu, berkata peningkatan pendapatan dan perbelanjaan itu berpunca daripada penyatuan Kumpulan AirAsia Indonesia dengan AirAsia Filipina pada suku sebelum ini.
AirAsia ketika bercakap mengenai prospek, berkata kumpulan itu meramalkan pencapaian faktor beban purata sebanyak 87 peratus pada suku keempat tahun 2017 berdasarkan kepada trend tempahan awal sekarang ini.
Ia juga merancang untuk menambah 12 pesawat tambahan melalui pajakan pada suku keempat 2017 bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di rantau ini.
"Ini akan menjadi tahap terpantas dalam kadar pengembangan sejak beberapa tahun lepas, yang disokong oleh persekitaran persaingan dan operasi penerbangan yang sangat positif di Asia.
"Walaupun sudah keluar amaran perjalanan berikutan potensi letusan gunung berapi Agung di Indonesia, kami tetap optimis kerana permintaan yang kukuh terus wujud di kebanyakan sektor, ditambah dengan harga bahan api yang stabil dan persekitaran pertukaran asing," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Bursa Malaysia
#Filipina
#Gunung Agung
#Indonesia
#keuntungan sebelum cukai
#pendapatan
#perbelanjaan
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan