awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi

Keuntungan sebelum cukai FGV susut 54 peratus

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
28/08/2019
10:55 MYT
Keuntungan sebelum cukai FGV susut 54 peratus
Bergerak ke hadapan katanya, pihak pengurusan FGV akan terus bertumpu kepada pelan pemulihan syarikat itu. -foto Astro AWANI/ Afiq Ariffin
Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) merekodkan Keuntungan Sebelum Cukai dan Zakat sebanyak RM23 juta bagi Suku Kedua Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2019.
Ia bermakna jumlah Keuntungan Sebelum Cukai Syarikat itu mengalami rosot nilai sebanyak 54 peratus berbanding RM50 juta pada suku sama tahun lepas.
Bagi tempoh sama, pendapatan FGV turut susut 5 peratus kepada RM3.28 bilion berbanding tahun lepas iaitu sebanyak RM3.44 bilion.
Manakala bagi separuh pertama 2019, keuntungan sebelum cukai syarikat itu jatuh 30 peratus kepada RM102 juta.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan, penyusutan prestasi ini adalah ekoran kejatuhan harga minyak sawit di peringkat dunia yang berlaku ketika ini serta catatan kerugian dalam perniagaan gula yang dikendali FGV.
“Antara faktornya adalah harga bagi minyak sawit mentah yang tidak menyebelahi usaha yang kami telah lakukan dalam pelan transformasi kami.
“Harga minyak sawit mentah adalah 19 peratus kurang pada tahun ini berbanding tahun lepas dan kami juga mengalami kerugian dalam perniagaan gula kami.
“Kedua-dua ini sebenarnya punca kepada kerugian bagi suku kedua tahun ini dan kita sememangnya tidak boleh mengawal harga minyak sawit mentah, bagaimanapun kami akan melihat dua faktor ini bagi menambah baik pelan kami,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, FGV berjaya mencapai penjimatan kos sebanyak RM88.9 juta.
“Pelan tranformasi kami yang bermula pada Oktober tahun lalu telah menunjukkan peningkatan dari segi penjimatan kos.
“Kami telah mengurangkan kawasan penanaman daripada 50,000 hektar tahun lalu kepada 11,000 hektar tahun ini,” ujarnya lagi.
Bergerak ke hadapan katanya, pihak pengurusan FGV akan terus bertumpu kepada pelan pemulihan syarikat itu.
Topic Berkaitan
#cukai
#Felda
#FGV
#harga minyak
#minyak
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.