Kerajaan optimis keyakinan pelabur akan dipulihkan dan seterusnya menghentikan jualan asing yang berterusan di Bursa Malaysia, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mengakui bahawa keadaan ini adalah satu cabaran sebenar kepada kerajaan Pakatan Harapan, Mohamed Azmin, bagaimanapun, yakin inisiatif yang telah diambil oleh pentadbiran baharu itu akan membuahkan hasil positif sebaik sahaja pasaran stabil.
"Ia akan mengambil sedikit masa bagi kita untuk memulihkan keyakinan, tetapi sudah tentunya dengan inisiatif baharu yang dimulakan oleh kerajaan, saya percaya kita akan dapat menyakinkan mereka (pelabur), bukan sahaja untuk mengekalkan pelaburan mereka di Malaysia tetapi juga menarik lebih ramai pelabur datang ke Malaysia," katanya kepada Bernama pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya RHB Bank, di sini, semalam.
Sehingga Jumaat minggu lepas, Bursa Malaysia telah mencatatkan jualan asing selama lapan minggu berturut-turut.
Sementara itu, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd, pelabur luar pesisir telah mengeluarkan ekuiti mereka dari Malaysia selama 33 hari berturut-turut antara 2 Mei dan 22 Jun, mengatasi rekod jualan 29 hari berturut-turut yang dicatatkan ada awal Januari hingga pertengahan Februrari 2014.
Mengenai pelaburan langsung asing (FDI), Mohamed Azmin berkata lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Jepun pada awal bulan ini dan dijadualkan ke Indonesia pada hari ini dijangka dapat menarik pelaburan ke negara ini.
Beliau yang dipertanggungjawabkan menerajui kementerian yang akan merancang ekonomi Malaysia bagi tempoh jangka sederhana dan panjang, menegaskan bahawa FDI adalah antara keutamaan utamanya selain daripada kesejahteraan sosial rakyat.
"FDI mustahak kerana kita mahu mewujudkan peluang pekerjaan bagi rakyat dan kita mahu pelaburan yang boleh mewujudkan nilai kepada pemain tempatan, ini akan menjadi keutamaan yang akan kami tangani dalam tempoh beberapa bulan ini," katanya.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan mengambil pendekatan lebih memilih dan menumpukan kepada pelaburan berteknologi tinggi dan berintensifkan modal berbanding pelaburan berintensifkan buruh.
Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), FDI yang diluluskan tahun lepas turun 7.5 peratus kepada RM54.7 bilion, berbanding 2016, manakala aliran masuk FDI susut sebanyak 17 peratus kepada RM39.183 bilion, mencerminkan aliran FDI global yang perlahan disebabkan oleh pertumbuhan lembap ekonomi dan risiko dasar utama global.
- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 28 2018
Azmin berkata, kerajaan akan mengambil pendekatan lebih memilih dan menumpukan kepada pelaburan berteknologi tinggi dan berintensifkan modal berbanding pelaburan berintensifkan buruh.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
DAP umum calon pada Rabu
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok.
Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu
Suspek lelaki yang terlibat kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Terminal 1, pada 14 April lepas, akan dituduh di Mahkamah Kota Bharu Kelantan pada Rabu.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).