awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keyakinan penumpang China terhadap Malaysia Airlines di tahap tinggi

Ahmad Khairol Shafizan Johari
Ahmad Khairol Shafizan Johari
29/03/2017
14:49 MYT
Keyakinan penumpang China terhadap Malaysia Airlines di tahap tinggi
Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines Arved von zur Muehlen turut menyatakan keyakinan jumlah penumpang dari China akan bertambah berdasarkan potensi yang wujud dalam pasaran berkenaan. - Gambar fail
Keyakinan penumpang dari China terhadap syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines kini berada di tahap yang tinggi selaras dengan hasrat syarikat berkenaan menambah perkhidmatan ke negara berkenaan.
Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines Arved von zur Muehlen turut menyatakan keyakinan jumlah penumpang dari China akan bertambah berdasarkan potensi yang wujud dalam pasaran berkenaan.
“Ketika ini hanya empat peratus populasi China mempunyai pasport tetapi ia dijangka meningkat kepada 12 peratus dalam tempoh 10 tahun,” jelasnya dalam satu sesi taklimat media.
“Ini akan mewujudkan potensi untuk 150 juta pelancong lagi ke Malaysia.”
Bagi memenuhi permintaan yang bertambah untuk penerbangan ke China, Malaysia Airlines akan melancarkan tiga laluan baharu menjelang Jun tahun ini serta menambah kekerapan penerbangan ke Shanghai.
Sementara itu, carian kata kunci “flights to China” di Google turut meningkat 24 peratus berbanding tahun lepas, melepasi carian ke destinasi lain seperti Perancis dan Australia.
Malah secara keseluruhan carian mengenai tiket penerbangan ke China meningkat 46 peratus berbanding tahun lepas.
Turut meningkat ialah kata kunci “halal food in China” yang menyaksikan peningkatan 80 peratus tahun lalu lantas memberi bayangan bahawa wujud peningkatan minat untuk orang Islam melancong ke China.
Berikut adalah hasil kajian carian di Google dengan kata carian "Flight to ..... (destinasi)".
Sumber Google
Sumber Google
Topic Berkaitan
#carian Google
#data driven
#Malaysia Airlines
#Pelancong China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan