Khazanah Nasional Bhd menjual 100 peratus kepentingannya dalam Prince Court Medical Centre Sdn Bhd (PCMC), yang mengendalikan kemudahan penjagaan kesihatan di Segitiga Emas Kuala Lumpur, kepada IHH Healthcare Bhd dengan harga RM1.02 bilion secara tunai.
Anak syarikat tidak langsung milik penuhnya, Pulau Memutik Venture Sdn Bhd, hari ini menandatangani perjanjian bersyarat untuk menjual PCMC kepada unit tidak langsung IHH, Pantai Holdings Sdn Bhd.
"Memandangkan perubahan terkini dalam mandat Khazanah baru-baru ini, keputusan dibuat untuk menjual PCMC kepada IHH, platform penjagaan kesihatan Khazanah," kata dana pelaburan negara itu dalam satu kenyataan hari ini.
Dana tersebut membuat pengambilalihan strategik PCMC pada 2018, dengan sasaran untuk meningkatkan sektor perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia dan mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan bagi penjagaan kesihatan berkualiti di rantau ini.
Cadangan penjualan itu, kata Khazanah, akan membolehkan PCMC mendapat manfaat sepenuhnya daripada penyepaduan ke dalam operasi IHH Malaysia dan rangkaian globalnya yang meluas.
Pengarah Urusan Khazanah Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata perjanjian itu juga akan menyediakan mudah tunai kepada dana tersebut bagi keperluan modal pelaburan pada masa depan.
"Selain itu, Khazanah yakin bahawa PCMC akan mendapat lebih banyak manfaat daripada pengalaman luas IHH dalam menyediakan penjagaan kesihatan premium, di samping mengukuhkan kedudukan IHH sebagai pengendali penjagaan kesihatan utama Malaysia, di mana kami kekal sebagai pemegang saham utama dengan 26.04 peratus kepentingan," katanya.
Shahril Ridza berkata cadangan penjualan itu akan mengukuhkan kedudukan keseluruhan IHH dalam pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan tempatan, dengan sumbangan berterusan Khazanah melalui penglibatannya dalam IHH.
Cadangan penjualan itu tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan dan Unit Perancang Ekonomi serta pemegang saham bukan kawalan IHH, antara lainnya.
Khazanah berkata urus niaga itu dijangka selesai pada suku pertama 2020.
PCMC memiliki dan mengendalikan kemudahan penjagaan kesihatan swasta berlesen dengan 277 katil, Prince Court Medical Centre, di persimpangan Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, IHH berkata PCMC mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM51.0 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018, manakala aset bersihnya berjumlah RM486.1 juta setakat 31 Dis, 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 17 2019
Khazanah Nasional Bhd menjual 100 peratus kepentingannya dalam PCMC kepada IHH Healthcare Bhd dengan harga RM1.02 bilion secara tunai. - Gambar fail
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Fokus Minggu Depan: Perang Iran-Israel: Perkembangan seterusnya?
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai perkembangan perang Israel-Iran yang ketika ini menggegarkan Asia Barat.
Data sekolah di Singapura diceroboh
Kementerian Pendidikan semalam mengesahkan berlaku pelanggaran data di salah satu vendornya mengakibatkan 'akses tidak dibenarkan' bagi nama dan alamat e-mel ibu bapa dan kakitangan lima sekolah rendah dan 122 sekolah menengah.
87 maut, 82 cedera akibat hujan lebat berterusan di Pakistan
Sekurang-kurangnya 87 orang maut dan 82 yang lain cedera dalam insiden dicetuskan hujan di Pakistan sejak minggu lalu ketika hujan lebat terus melanda beberapa bahagian negara itu, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), semalam.
Pertempuran sengit paksa 200 orang lari ke Thailand
Pertempuran bertambah sengit di sempadan timur Myanmar dengan Thailand hari ini, memaksa kira-kira 200 orang awam melarikan diri ketika pemberontak mengusir tentera junta yang bersembunyi di lintasan sempadan jambatan.
Liga Hoki Selangor TNB-QNET kembali dipertandingkan tahun ini
Selepas lima tahun menyepi, Liga Hoki Selangor TNB-QNET (SHL) akan kembali dianjurkan bermula hari ini hingga 2 Jun depan dalam usaha mencungkil bakat baru sukan hoki di tanah air.
Bio-Home lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew di Kota Kinabalu.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
CFO Kumpulan IHH Joerg Ayrle diarahkan bercuti mulai 30 Sept 2023
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO) IHH Healthcare Bhd Joerg Ayrle diarahkan bercuti mulai 30 Sept 2023 sehingga tamat kontrak pekerjaannya di Malaysia menjelang 31 Jan 2024.
IHH sasar capai sifar bersih karbon menjelang 2050 dalam semua operasinya
Adalah tepat pada masanya sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-10 penyenaraian IHH.
Tiada risiko besar IHH Healthcare lupus IMU Health - MIDF Research
Kumpulan itu bagaimanapun tetap berwaspada dengan beberapa kemungkinan, termasuk kegagalan melengkapkan urus niaga berkenaan.
IHH cadang ambil alih syarikat usaha sama Ramsay-Sime Darby
Sime Darby Bhd berkata di bawah cadangan indikatif itu, nilai perusahaan indikatif bersyarat untuk Ramsay SDH ialah RM5.67 bilion atas asas tanpa tunai, tanpa hutang.
IHH Healthcare jangka terus kembali kepada perniagaan teras bukan COVID-19 tahun ini
Pembukaan semula sempadan serta kadar vaksinasi yang tinggi memberi kesan kepada perkhidmatan berkaitan COVID-19.
Bursa Malaysia dibuka rendah sebelum dipacu saham wajaran tinggi terpilih
Pada 9.06 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.16 mata kepada 1,521.18 daripada 1,520.02 pada penutup Jumaat selepas dibuka 0.3 mata lebih rendah pada 1,519.72.
Khazanah jual pegangan Prince Court kepada IHH dengan harga RM1.02 bilion
Khazanah Nasional Bhd menjual 100 peratus kepentingannya dalam Prince Court Medical Centre Sdn Bhd kepada IHH Healthcare Bhd dengan harga RM1.02 bilion secara tunai.
Khazanah Nasional Berhad rugi RM6.3 bilion
Khazanah Nasional Berhad merekodkan kerugian sebelum cukai RM6.3 bilion pada 2018 berbanding untung sebelum cukai RM2.896 bilion tahun sebelumnya.
Kerajaan PH hanya tahu jual aset - Najib Razak
Beliau mengambil contoh penjualan kepentingan oleh Khazanah Nasional Berhad sebanyak 16 peratus dalam penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan IHH Healthcare Berhad.