Seiring dengan kecanggihan teknologi telefon pintar masa kini, banyak penyedia telekomunikasi menawarkan kemudahan pembayaran tanpa tunai e-wallet atau dompet elektronik.

Apatah lagi, ramai pengguna kini yang kebanyakan urusan harian mereka bergantung sepenuhnya kepada penggunaan telefon pintar

Malah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada Oktober tahun lalu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia dijangka menjadi negara bebas matawang menjelang tahun 2050.

Bank Negara juga telah meluluskan lebih daripada 30 lesen e-wallet di Malaysia.

Berdasarkan kaji selidik dijalankan Visa:Sikap Pembayaran Pelanggan 2016, 74% rakyat Malaysia lebih gemar membuat pembayaran secara elektronik berbanding tunai.

Ini bermakna tujuh dari 10 rakyat Malaysia telah bersedia menjadi rakyat bebas matawang.

Menyedari potensi besar itu, Green Packet Berhad, syarikat perkhidmatan komunikasi dan teknologi telah melabur sehingga RM13 juta untuk turut serta dalam teknologi bayaran tanpa tunai ini .

Ini dilaksana menerusi kemasukannya di dalam FinTech dengan Webonline, aplikasi pembayaran mudah alih yang memberikan rakyat Malaysia cara mudah untuk berbelanja .


Dilancarkan pada pertengahan Disember 2017, kiplePay beri pilihan kepada rakyat negara ini membuat bayaran.

kiplePay menawarkan empat (4) manfaat utama berbandng tunai.


1) Lokasi geo-fencing: Pengguna boleh melihat rakan niaga yang disenaraikan di Kiple berdasarkan jarak mereka.

2) Pindahan rakan ke rakan: Pengguna boleh menghantar / menerima wang melalui akaun Kiple masing-masing.

3) Bayar bil dan isian semula telefon mudah alih.

4) Ganjaran: Tunai segera yang boleh digunakan untuk pembelian seterusnya.

Kiple juga menawarkan elemen baucer di mana pengguna boleh mendapatkan tawaran / tawaran dari rakan niaga dari aplikasi telefon bimbit.

Biarpun baru sahaja dilancarkan Disember tahun lalu, lebih 1000 rakan niaga sudah bekerjasama dengan Green Packet untuk menyertai aplikasi kiplePay.