Tutup

Berita  | Bisnes

Kumpulan Naza sumbang RM100,000 bantu mangsa banjir di Perak

Kumpulan Naza sumbang RM100,000 bantu mangsa banjir di Perak
SAMSON: Berharap bantuan itu akan membantu meringankan bebanan mangsa banjir di Perak.
KUALA LUMPUR: Cabang tanggungjawab sosial korporat Kumpulan Naza, Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin menyumbang RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Perak.

Yayasan itu sebelum ini berjanji menyumbang RM1 juta untuk membantu mangsa di negeri-negeri yang teruk dilanda banjir sejajar dengan usaha bantuan bencananya, kata Pengarah Perhubungan Utama dan Komunikasi Korporat Naza Corporation Holdings Sdn Bhd Datuk Samson Anand George dalam satu kenyataan hari ini.
"Kami berharap bantuan itu akan membantu meringankan bebanan mangsa banjir di Perak," katanya.