Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kwasa Land Sdn Bhd memberikan projek pembangunan hartanah kediaman mewah di Kwasa Damansara, Selangor dengan nilai pembangunan kasar (NPK) RM295 juta, kepada TSR Capital Bhd.
Kwasa Land yang merupakan pemaju utama Kwasa Damansara, berkata anak syarikat milik penuhnya, Kwasa Development (3) Sdn Bhd, telah memeterai perjanjian dengan TSR Development Sdn Bhd yang dimilik sepenuhnya oleh TSR Capital, bagi pembinaan unit kediaman di kawasan seluas 2.64 hektar atau Plot R3-3.
Projek yang dijangka siap pada 2024, mengandungi 260 unit kediaman mewah, kata syarikat itu dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Kwasa Land, perjanjian itu antara lainnya menetapkan TSR Capital membuat pembayaran sebanyak RM58.94 juta kepada syarikat itu bagi hak pembangunan dan perkongsian hasil.
Kwasa Damansara terletak di atas tanah milik Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Sungai Buloh, sebelum ini.
Ia merupakan pembangunan seluas 943.7 hektar yang turut dirancang sebagai perbandaran bersepadu bercirikan hijau, inklusif serta mampan sebagai antara tarikan utamanya.
"Plot R3-3 mempunyai laluan hijau ke salah satu taman terbesar seluas kira-kira 17 hektar di Kwasa Damansara selain tasik seluas 5.5 hektar.
"Taman itu terletak di bahagian barat laut pusat bandar baharu terbabit dengan kemudahan dua stesen Transit Aliran Massa (MRT) dalam lingkungan dua kilometer," kata Kwasa Land. -- Bernama
Bernama
Tue Apr 10 2018
Kwasa Land merupakan pemaju utama Kwasa Damansara yang sebelum ini terletak di atas tanah milik Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Sungai Buloh.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WTCKL diiktiraf International Business Review ASEAN Awards
Irmohizam menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada The International Business Review atas pengiktirafan berkenaan.
COVID-19: Pelanggan tembak tiga pekerja restoran makanan segera selepas dilarang makan dalam restoran
Suspek diberitahu oleh pekerja restoran itu bahawa ruang makan ditutup dan hanya 'drive-thru' sahaja dibuka.
Bertahun bina empayar, Asyraf Khalid kongsi di sebalik jatuh bangun dunia niaga
Menurut pengusaha jamu Mutyara Beauty itu, dia sentiasa dilontarkan dengan tanggapan negatif sesetengah pihak kononnya hanya bernasib baik kerana pengaruh bapanya.
COVID-19: RM4.5 billion fund to help small, medium enterprises and micro entrepreneurs
Prime Minister said the allocation would be channelled through five key initiatives.
Maxis Business SPARK Summit tampil pemikiran bersama dalam memacu transformasi digital di Malaysia
Lebih dari 500 pemimpin perniagaan tempatan dan antarabangsa dari sektor Korporat, Kerajaan dan PKS tempatan menyertai Maxis Business SPARK Summit 2019 pertama.
Kaji selidik Monash: Pemimpin korporat Cina puas hati dengan PH
Dalam kaji selidik yang melibatkan 390 responden itu, 50 peratus pemimpin korporat Cina berpuas hati, diikuti pemimpin Melayu (39 peratus), dan pemimpin India (38 peratus).
Syarikat tembakau terbesar dunia seru perokok berhenti merokok
Kaji selidik terbaharu oleh Philip Morris International Inc. (PMI) adalah sebahagian daripada kempen 'Unsmoke' yang menyeru agar semua berhenti merokok.
Kerjasama SME Bank, TM dan Commerce.Asia bantu usahawan dalam transformasi digital
SME Bank bersama Telekom Malaysia Berhad dan Commerce.Asia menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) pada Selasa.
Pengasas produk The Ordinary ditemui mati
Sehari sebelum kematiannya, Brandon Truaxe telah memuat naik beberapa video berkelakuan pelik ke Instagram.
Here are the three considerations we had when we did the Budget - Tony Pua
Damansara MP Tony Pua explained the three major considerations on what went into the development and execution of Budget 2019.