Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan meneliti untuk menjual kepentingannya dalam PLUS Malaysia Bhd (PLUS) sekiranya menerima tawaran bersesuaian, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tunku Alizakri Alias.
Beliau berkata, KWSP akan mengkaji dan mempertimbang tawaran itu jika ia terbukti dapat memberi manfaat kepada ahlinya dari segi pulangan dan dividen.
"Pada masa ini, PLUS merupakan aset yang amat positif dan memberi pulangan kukuh selain kedudukannya sebagai organisasi yang diurus dengan baik.
"Dari segi perkhidmatan pula, ia mengendalikan lebuh raya sepanjang lebih 1,200 kilometer dan menyediakan perkhidmatan yang amat baik. Oleh itu, dari perspektif KWSP, kami amat berpuas hati dengan pulangan PLUS selain kedudukannya sebagai aset yang kukuh," katanya kepada media di luar Forum Megatrends Khazanah 2019 di sini, pada Isnin.
Mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal hari ini mengenai kesediaan kerajaan untuk mengkaji sebarang tawaran bagi mengambilalih PLUS, Tunku Alizakri berkata komen itu berkemungkinan dibuat bagi pihak Khazanah Nasional Bhd yang merupakan dana kekayaan negara dan turut memiliki kepentingan dalam konsesi lebuh raya bertol tersebut.
Menurut Dr Mahathir, kerajaan akan meneliti bidaan bagi membeli PLUS, termasuk pihak asing dan beliau dipercayai merujuk kepada tawaran pengambilalihan oleh firma ekuiti persendirian berpangkalan di Hong Kong dan Singapura, RRJ Capital Ltd.
"Sebarang bidaan oleh firma (bagi mengambilalih PLUS) akan dikaji oleh kerajaan. Jika ia (bidaan) sesuai dengan kehendak kita, kita akan layan permintaan mereka," kata Perdana Menteri.
Khazanah memiliki kepentingan sebanyak 51 peratus dalam PLUS manakala KWSP sebanyak 49 peratus susulan langkah pengambilalihan pada 2011 yang membabitkan transaksi bernilai RM32 bilion.
Selain itu, ditanya mengenai dividen untuk pemegang sahamnya, Tunku Alizakri berkata pihaknya tidak boleh memberi sebarang hala tuju yang jelas (buat masa ini) dan mengakui prestasi ekonomi mencabar di peringkat domestik dan global akan turut memberi kesan bagi kemajuan masa depan.
"Kesemua data itu jelas menunjukkan persekitaran yang mencabar. Sehubungan itu, di pihak KWSP, kami akan memastikan aset ini diurus dengan baik. Namun, sekiranya perlu membeli, kami mengutamakan aset terbaik dari segi jangka panjang dan jika perlu dijual, ia adalah berdasarkan tawaran terbaik," katanya.
Malah, menurutnya, KWSP juga sentiasa berusaha dan meninjau untuk membeli dan melepaskan aset dalam usaha memberi dividen kepada para pemegang sahamnya.
"Persoalannya, adakah kita mempunyai proses tadbir urus yang sesuai? Kita perlu memastikan semua proses wajar dilaksanakan secara teratur supaya ahli dapat memastikan sebarang penjualan kepentingan itu dibuat demi manfaat mereka," katanya.
Laporan sebelum ini menyatakan KWSP meraih dividen sebanyak RM1.56 bilion daripada 10 syarikat yang telah membayar sebahagian besar dividen dalam portfolio pada separuh pertama 2019.
Angka itu merupakan peningkatan sebanyak 5.4 peratus berbanding RM1.49 bilion pada setahun lepas.
Antara syarikat-syarikat itu adalah DiGi.Com Bhd, Axiata Group Bhd, Public Bank Bhd dan Hong Leong Bank Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 07 2019
TUNKU ALIZAKRI: Pada masa ini, PLUS merupakan aset yang amat positif dan memberi pulangan kukuh selain kedudukannya sebagai organisasi yang diurus dengan baik. - Gambar fail
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
AS desak TikTok jual kepentingan atau diharamkan
Amerika Syarikat (AS) menuntut pemilik TikTok dari China supaya menjual kepentingan mereka dalam aplikasi perkongsian video popular itu atau berhadapan risiko medium itu diharamkan di AS.
KWSP mungkin jual kepentingan PLUS jika dapat tawaran sesuai - CEO
KWSP akan mengkaji dan mempertimbang tawaran itu jika ia terbukti dapat memberi manfaat kepada ahlinya dari segi pulangan dan dividen.