Bursa Malaysia meraih sumbangan sebanyak RM1.9 juta ringgit daripada larian amal tahunan Bursa Bull Charge 2016.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Tajuddin Atan berkata, secara keseluruhannya sebanyak 28 badan kebajikan akan menerima sumbangan itu.

Program tanggungjawab sosial korporat itu disertai seramai 2,200 pelari daripada 217 organisasi yang terbabit dalam industri pasaran modal.

Jumlah bilangan peserta tahun ini juga meningkat kepada 2,022 berbanding  1,800 peserta tahun lepas. - Foto Astro AWANI/SHAMIM HASNI
Bursa Bull Charge membabitkan tiga kategori larian iaitu 1.5 kilometer untuk Ketua Pegawai Eksekutif, 2 5 kilometer bagi 'corporate relay run' dan 5 kilometer terbuka untuk komuniti.

Larian amal edisi ketiga yang berlangsung pada Khamis turut mencapai objektif dengan penyertaan 40 peratus lebih ramai golongan wanita dari kalangan lembaga pengarah sehingga ke pemasaran.