awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan ke China untuk tarik syarikat ke Malaysia - PM

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
20/07/2018
13:35 MYT
Lawatan ke China untuk tarik syarikat ke Malaysia - PM
Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kepimpinan Majlis Tertinggi di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membangkitkan soal kemampuan berhutang Malaysia ketika lawatan rasminya ke China nanti.
Selain itu, beliau akan turut menjemput syarikat dari China untuk datang ke Malaysia.
Namun, tegas beliau, syarikat-syarikat tersebut perlu menggunakan tenaga kerja tempatan agar impak positifnya dinikmati negara.
"Lawatan saya ke China adalah susulan daripada lawatan Ahli Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin ke sana.
"Saya akan jelaskan kepada mereka (China) bahawa keadaan kewangan kita tidak membenarkan kita untuk mengambil hutang dengan banyak," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Menara Yayasan Selangor pada petang ini.
Topic Berkaitan
#Ahli Majlis Penasihat Kerajaan
#Bersatu
#China
#hutang
#lawatan rasmi
#Perdana Menteri
#Tun Daim Zainuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan