awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima hingga tujuh tahun bersihkan akaun, penjawat awam - Guan Eng

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/10/2018
09:44 MYT
Lima hingga tujuh tahun bersihkan akaun, penjawat awam - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan turut komited dalam beralih daripada akaun berasaskan tunai kepada perakaunan tertunggak menjelang 2021. - Foto BERNAMA
Kerajaan mensasarkan tempoh selama lima hingga tujuh tahun untuk membersihkan akaun-akaunnya dan menjadikan sektor awam lebih telus.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan turut komited dalam beralih daripada akaun berasaskan tunai kepada perakaunan tertunggak menjelang 2021.
“Kerajaan baharu ini komited dalam membersihkan akaun-akaun dan menjadikan sektor awam lebih telus melibatkan kewangan.
“Pada permulaan, kami komited untuk beralih daripada akaun berasaskan tunai kepada perakaunan tertunggak menjelang 2021.
“Perkara ini, akan membabitkan proses peralihan antara lima hingga tujug tahun, meliputi disiplin fiskal dalam kerajaan kini dan akan datang, memastikan permasalahan yang lalu tidak akan berulang,” katanya berucap pada Sidang Kemuncak Pelaburan bertemakan Malaysia: A New Dawn di sini hari ini.
Malah, katanya Jawatankuasa Kewangan Awam yang ditubuhkan akan memainkan peranan dalam proses pembaharuan fiskal kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan fiskalnya dengan lebih sistematik.
Sementara itu, beliau berkata dalam mematuhi disiplin fiskal, kerajaan akan membentangkan langkah percukaian baharu pada pembentangan Belanjawan 2019.
Dalam jangka sederhana, kerajaan akan tetap tegas dalam penyatuan fiskal ketika ia memperbaharu institusi, meningkatkan pendapatan, mengoptimumkan perbelanjaan, serta merasionalkan hutang.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Jawatankuasa Pembaharuan Cukai
#kewangan
#Lim Guan Eng
#Malaysia
#pelaburan
#pembersihan akaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan