awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba bergelut padam kebakaran tahap kecemasan ketika gelombang haba landa Australia
Presiden Iran, Putera Mahkota Arab Saudi bincang kepentingan perpaduan negara Islam
IRGC beri amaran, negara jiran dianggap ‘musuh’ jika wilayah digunakan untuk serang Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAB umum kerjasama dengan Emirates

Bernama
Bernama
03/12/2015
07:49 MYT
MAB umum kerjasama dengan Emirates
Perkongsian kod penerbangan antara Malaysia Airlines dan Emirates akan meluaskan rangkaian antarabangsa kedua-dua syarikat penerbangan. - Foto BERNAMA
Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Emirates mengumumkan perkongsian baru yang akan memberi pelanggan sambungan rangkaian antarabangsa yang lebih luas.
Perjanjian ini akan menghubungkan Malaysia dengan lebih 90 destinasi di rangkaian Emirates di seluruh Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Amerika.
Penumpang kedua-dua penerbangan juga akan mendapat manfaat program kesetiaan dan pengalaman perjalanan bertaraf dunia.
Di bawah perjanjian yang ditandatangani oleh Presiden Emirates Sir Tim Clark dan Ketua Pegawai Eksekutif MAB Christoph Mueller, MAB akan menambah kod penerbangannya kepada Emirates bagi sektor Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Amerika.
Manakala Emirates akan menambah kod pada penerbangan MAB bagi laluan domestik di Malaysia, Asia Tenggara dan bandar-bandar terpilih di rantau Asia Pasifik.
MAB berkata perkongsian kod itu akan mula dilaksanakan secara berperingkat sepanjang 2016 dan jualan tiket di bawah perkongsian kod akan bermula 1 Februari tahun depan.
Mueller berkata hubungan yang lebih baik ini akan membolehkan penumpang MAB untuk terbang ke 38 destinasi di Eropah setiap hari dan jumlah kekerapan penerbangan sehingga dua kali ke bandar-bandar utama seperti Zurich, Rome, Munich, Frankfurt, Madrid dan Barcelona.
“Perkongsian ini akan memberikan pelanggan kami akses rangkaian kepada pilihan perjalanan yang lebih luas dan ia adalah cara yang terbaik untuk menikmati perjalanan yang lebih lancer ke bandar-bandar utama di seluruh dunia.
Tambahan lagi, Dubai merupakan pusat pelancongan, perdagangan dan logistik yang mempunyai reputasi sebagai pintu masuk utama antara timur dan barat,” katanya.
Topic Berkaitan
#Emirates
#MAB
#Malaysia Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan