awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF tingkat unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.3 peratus untuk 2026, 2027
Rundingan FTA EU-Malaysia mampu jadi pengubah keadaan hubungan dua hala - Duta Finland
UCL: Arsenal kekalkan rekod sempurna, tewaskan Inter 3-1 di Milan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Makmal rahsia Apple hasilkan kereta elektrik?

Reuters
Reuters
14/02/2015
09:00 MYT
Makmal rahsia Apple hasilkan kereta elektrik?
Apple yang telah merekrut ratusan pekerja kini dilaporkan sedang memancing pakar robotik untuk turut serta dalam projek rahsia tersebut. - Gambar fail.
Apple Inc mempunyai makmal rahsia yang ditubuhkan untuk tujuan mencipta kereta elektrik jenama berkenaan, lapor akhbar Wall Street Journal semalam.
Projek yang diberi nama kod ‘Titan’ itu dilaporkan sedang mereka kenderaan yang kelihatan seperti sebuah van mini dan dijangka mengambil masa bertahun-tahun untuk merealisasikannya.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sejauh mana penglibatan Apple dalam projek berkenaan.
Berita berkenaan memberi isyarat bahawa Apple sedang berusaha mempertingkat kemampuannya dalam teknologi automotif. Bidang tersebut sudah menjadi tumpuan utama dalam kalangan syarikat-syarikat di Silicon Valley seperti Google Inc., Uber dan Tesla Motors Inc.
Kenderaan tersebut dijangka memiliki perkhidmatan Internet dan perisian penuh yang melengkapi upaya navigasi serta komunikasi. Inovasi itu disfatkan sebagai bidang yang menjadi fokus kebanyakan syarikat berasaskan teknologi tinggi.
Bulan Mac lalu, Apple telah memperkenalkan CarPlay, yang membolehkan pemandu kenderaan mengakses senarai nama dalam iPhone, membuat panggilan atau mendengar pesanan suara tanpa perlu melepaskan tangan daripada stereng kenderaan.
Dalam masa yang sama, ketua unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) Mercedes-Benz, Johann Jungwirth dilihat telah berpindah tugas ke Apple dengan jawatan ketua kejuruteraan Mac Systems.
Penglibatan Jungwirth dalam makmal rahsia Apple itu telah dilaporkan oleh The Financial Times.
Apple yang telah merekrut ratusan pekerja kini dilaporkan sedang memancing pakar robotik untuk turut serta dalam projek berkenaan.
Percubaan untuk mereka bentuk kenderaan disifatkan sebagai anjakan perubahan bagi Apple yang selama ini banyak membuat R&D dalam pelbagai projek tetapi masih kekal dengan bisnes terasnya iaitu pembuatan peralatan mudah alih dan elektronik.
Topic Berkaitan
#Apple
#CarPlay
#elektrik
#johann jungwirth
#kereta
#model
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan