awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines tambah, naik taraf penerbangan sempena hari raya

Bernama
Bernama
05/03/2019
08:48 MYT
Malaysia Airlines tambah, naik taraf penerbangan sempena hari raya
Penumpang boleh mendapatkan 32 penerbangan tambahan antara Kuala Lumpur dan Alor Setar, Kota Bharu, Kuching, Labuan, Miri, Sibu, Sandakan, Surabaya, Kuala Terengganu dan Tawau. - Gambar fail
Malaysia Airlines akan menambah dan menaik taraf penerbangannya bagi menampung keperluan perjalanan bersempena Aidilfitri bermula 25 Mei hingga 16 Jun 2019.
Dalam kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata penumpang boleh mendapatkan 32 penerbangan tambahan antara Kuala Lumpur dan Alor Setar, Kota Bharu, Kuching, Labuan, Miri, Sibu, Sandakan, Surabaya, Kuala Terengganu dan Tawau.
"Malaysia Airlines juga akan menaik taraf 10 penerbangan domestik daripada B737-800 kepada A330-300 dan A330-200s untuk menampung penumpang yang berlepas dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Kuching, Medan dan Pulau Pinang," katanya.
Ketua Pegawai Hasil Kumpulan, Ignatius Ong menggesa mereka yang merancang pulang ke kampung halaman masing-masing membeli tiket lebih awal memandangkan lebih ramai orang dijangka berbuat demikian bersempena musim perayaan.
"Tambang adalah termasuk bagasi, makanan dan tiada caj tambahan kad kredit jika membeli secara dalam talian. Penumpang juga akan menikmati perkhidmatan premium dan keselesaan terbang bersama Malaysia Airlines," katanya.
Syarikat penerbangan itu juga memperkenalkan tiga penerbangan mingguan tambahan dari Kuala Lumpur ke Melbourne dari 1 Julai hingga 30 Sept, 2019 menggunakan pesawat A330-300.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#balik kampung
#cuti
#hari raya
#Malaysia Airlines
#penerbangan
#penumpang
#perayaan
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan