awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia akan lebih kompetitif selepas menyertai TPP - Najib

Shuhami Zabri
Shuhami Zabri
18/11/2015
01:32 MYT
Malaysia akan lebih kompetitif selepas menyertai TPP  - Najib
Perdana Menteri berkata, wakil daripada Majlis Perniagaan APEC-AS itu turut memuji pendekatan mesra niaga kerajaan dan pulangan daripada pelaburan mereka di Malaysia. - Foto Bernama
Penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan menjadikan negara ini lebih kompetitif, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata, perkara itu dinyatakan oleh wakil-wakil daripada Majlis Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)-Amerika Syarikat (AS) dalam pertemuannya bersama anggota Majlis Perniagaan AS-ASEAN dan Dewan Perdagangan AS di Manila, Filipina, pada Selasa.
"Mereka juga mengalu-alukan negara ASEAN lain mengikut jejak langkah Malaysia menyertai TPP.
"Wakil perniagaan berkenaan turut menyampaikan penghargaan kepada Malaysia di atas usaha kita menyelesaikan proses rundingan yang kini masih dalam peringkat domestik," katanya dalam catatan terbaharu di akaun Facebooknya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, wakil daripada Majlis Perniagaan APEC-AS itu turut memuji pendekatan mesra niaga kerajaan dan pulangan daripada pelaburan mereka di Malaysia.
Katanya, pujian dan keyakinan oleh wakil-wakil perniagaan itu membuktikan bahawa dasar kerajaan, antaranya Dasar Transformasi Ekonomi berkesan dan mendapat sambutan negara luar, terutama daripada komuniti perniagaan.
Najib kini berada di Manila bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin APEC ke-23.
Topic Berkaitan
#APEC
#Manila
#Mustapa Mohamed
#Najib Tun Razak
#Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
#TPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan